Bukan Mimpi

14 October




Hajat. Cita-cita. Angan-angan. Impian. Semua orang ada. Kalau tak besar pun, setidak-tidaknya pasti ada hajat untuk meneruskan kehidupan, cita-cita untuk menjadi insan yang lebih baik, angan-angan untuk hidup mewah, atau impian untuk berumah tangga mungkin? Tapi, impian sahaja mana cukup kan?
Semuanya memerlukan usaha, ilmu, doa, dan tawakal. Barulah mimpi dapat diubah menjadi realiti. Realiti, dan bukan hanya mimpi.

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya pertolongan dan bantuan Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. “ Al-Ankabut : 69.

You Might Also Like

0 comments