Tertulis Blog

23 April


Pernah tak, setiap kali kita ada benda penting nak buat je (read; thesis), mulalah rasa nak makanlah, lipat bajulah, mop lantailah, bagi kucing makanlah, menderma kepada yang memerlukanlah, cari penawar kanserlah.

Sekarang aku dalam Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM. Dah beberapa jam cuba menyiapkan tesis yang dah beberapa minggu tergendala. Dari tadi memang fokus gila buat tesis, serius. Entah macam mana tiba-tiba tertulis blog pula. Ter. Tiba-tiba je ni.

Memang dah lama berniat nak menulis kembali (selepas setahun menyepi hmm) tapi baru hari ni terlaksana niat tu sebab... sebab tu lah tadi, yang setiap kali ada benda penting nak buat je, mulalah rasa macam nak buat itulah nak buat inilah. And in my case, lepas dah berminit-minit merenung helaian kosong di Microsoft Word tu mulalah "rasa nak tulis blog lah". Hahaha okay.

Orang meja depan ni tengah meluah perasaan dekat kawan dia. (Ha ah, dalam perpustakaan pun diorang bergosip) Hahaha. Dia cakap kat kawan dia, "orang macam tu bila dia perlukan kita baru dia cari kita". Biasalah tu nak, manusia. Kawan je, takpayah simpan dendam ke apa. Ikhlaskan je setiap kali kita tolong dia. Bukan apa, demi ketenangan hati kita juga, ye dak?

Okay Izazi, dah boleh berhenti acah-acah deep melihat sekeliling dan luahkan dalam blog dah kot. Dah boleh sambung tulis tesis dah kot. Hewhewhew okay.

Writing is fun, wonder when and why did I stop blogging? Definitely going to post more soon!



Picture taken some time ago when I was heading to my pink car after spending the day in the library.

You Might Also Like

0 comments