Kolej Ungku Omar di Hatiku

20 September



Tiga tahun belajar di UKM, selama tiga tahun jugalah berpeluang menetap di asrama Kolej Ungku Omar dengan teman sebilik yang sama. Terima kasih Izzati Zainuddin untuk tiga tahun yang penuh tawa, tangis, taik (yes, taik sebab kami suka bawa kucing masuk bilik dan akhirnya sang bulu yang tak mengenang budi tu pun berak kat dalam bilik hahaha). Although actually Zati, you should thank me for getting us the room muahaha. Sebab dekat kolej dulu, sepatutnya setiap tahun pelajar akan ditukarkan bilik secara rawak oleh pentadbiran, tapi kalau pelajar tu ada jawatan (misalnya Majlis Eksekutif Pelajar), maka pelajar tersebut dibolehkan memilih bilik beserta rakan sebiliknya sekali. Muehehehe! Jadi dah tentulah bilik pilihan saya ialah jenis asrama Blok B sebab dekat dengan kafe, tandas selesa, dan paling penting blok asrama je yang ada soket untuk kabel internet yang laju gilaaa hehe.

Ni Chanel dan Prada, anak kepada ibu kucing bernama Em yang kami bela dalam bilik
Biasalah, masa kita berada dalam tempat atau sesuatu situasi tu, manalah nak rasa rindu. Sekarang dah habis belajar, mulalah nak rindu kolej. Sedangkan masa belajar dulu, waktu nak balik kolej tu lah yang paling "taknak oh tidakkk" sekali. Hahaha. Buat adik-adik yang bakal memasuk Kolej Ungku Omar (sebab majoriti yang akan baca post ni adalah adik-adik junior yang semangat Google nama kolej ni lepas dapat tahu mereka diterima masuk hewhew), bersyukurlah kalian sekiranya tercatat nama KUO pada surat tawaran anda. Sebab tak dapat dinafikan lagi bahawa kolej ni lah yang paling strategik kedudukannya dalam UKM. Boleh jalan kaki je kalau nak ke ke pusat kemudahan macam Pusanika, PTSL, Masjid Universiti, Dectar, dan Panggung Seni. Kalau fakulti/pusat pengajian pun dekat juga, macam FST, FSSK, FPI, semuanya hanya dengan merajinkan diri untuk berjalan je. Tapi kalau malas pun tak apa, ada bas NadiPutra yang akan ambil di perhentian bas yang terletak betul-betul di tepi kolej.

Ni pula Jay, miau yang kami jaga masa tahun akhir di UKM
Tapi, tapiii... tapi langit tak selalu cerah. Air tak selalu ada. Ya, air. tak. selalu. ada. Okay kena dramatik sikit bab ni sebab memang sangat menyedihkan. Tapi sekurang-kurangnya kalau dah lokasi kolej pun strategik, kita masih mampu untuk berjalan ke bangunan terdekat demi mendapatkan setitis air. Rasanya masyarakat dah tahu yang UKM memang ada masalah air (dah keluar TV dan surat khabar), jadi tak naklah ulas panjang-panjang dah sebab sangatlah mengimbau memori duka. Okay tapi bila fikir balik taklah duka sangat sebab kelakar juga bila tengok pelajar lelaki naik motor pakai kain pelikat, dengan tuala di kepala dan baldi mandi sangkut kat motor merantau cari air, biasanya lepas Subuh setiap kali musim tak ada air melanda. Kat UKM je boleh nampak tau. Hahaha.

Suasana bilik  di Aras 1, Blok B sekitar semester pertama, tahun 2012


Jadi berbalik kepada cerita tentang bilik di KUO. Asramanya cantik dan sangat selesa. Selama tiga tahun memang saya tak pernah duduk jenis bilik lain (pangsarama/flatlet) jadi setakat pengalaman saya di asrama, memang puas hati. Tak rasa nak merungut apa-apa, kecuali masa tahun satu dulu, ada masalah kipas perlahan sangat. Tapi lepas laporkan kepada pentadbiran, tak lama lepas tu Abang Helmi datang ganti kipas baru dan bilik kamilah yang paling sejuk waktu tu! Hehehe. (tak merungut tu tak termasuk isu air k ha.ha.ha) Oh ya dan lagi satu, masa tahun dua dulu ada masalah almari tak cukup besar... sebab baju banyak sangat... hahaha okay #alasan. Masuk tahun tiga dah tak guna sangat dah almari, sebab insaf mengenangkan masa nak kosongkan bilik lepas habis semester masa tahun dua dulu sikit punya susahhh sebab dah banyak sangat, haha. Jadi masa tahun tiga seminggu sekali balik rumah (rumah - UKM hanya 30 minit) dan hanya gunakan luggage je untuk letak baju. Ha. Ha. Ha. (sebenarnya baju banyak masa tahun dua sebab jadi eksekutif Kebudayaan dan memang kena banyak baju untuk bagi adik-adik pinjam masa buat show, plus setiap minggu ada je majlis untuk dihadiri) #alasanlagi hahaha.

*pemandangan dari bilik di tingkat 2, Blok B*
Terima kasih KUO untuk segala pahit manis. Semoga semangat kekolejan akan terpupuk dalam diri para penghuni baharu pula. Oh btw, gambar-gambar bilik di atas adalah semasa saya berada dalam tahun satu. Masuk tahun dua dan seterusnya, hmm macam tak sampai hati pula nak kongsikan gambar-gambarnya ha.ha.ha.

p/s: post ini diedit semula pada Mei 2016 selepas saya lihat hit post ni semakin bertambah setiap hari walaupun dah lama. Jadi saya editlah sikit dengan menambah beberapa lagi gambar hehehe.

You Might Also Like

0 comments