Apa nak buat kalau kereta buat hal di tengah lebuh raya?

28 December


Haaa kepada para pemandu, anda perlu tahu apa yang perlu dibuat kalau kereta anda tiba-tiba buat hal kat tengah lebuh raya. Benda ni pentinggg supaya anda bukan sahaja dapat membantu diri sendiri malah dapat juga menyenangkan pengguna lebuh raya yang lain.

Baru-baru ni saya mengalami saat-saat yang mencemaskan gilaaa masa dekat Plaza Tol Lebuh Raya Loke Yew. Lepas hantar adik ke kolej, saya yang tak pernah pun lalu lebuh raya Loke Yew tu tiba-tiba mengada nak lalu situ, nak cuba guna jalan baru lah kononnya. Tapiii, ada hikmah rupanya kenapa hati masa tu rasa macam nak sangat lalu jalan tu hahaha.

[Photo from Google]
Sebabbb, masa tengah bawa kereta tu dah rasa macam aircond tak sejuk. Pelik, sebab aircond baru je lepas servis dalam dua minggu sebelum tu. Lepas tu masa betul-betul nak masuk plaza tol tu, saya tengok dekat meter temperature, jarum dia dah dekat yang paling tinggi! Yang merah tu! Terus istighfar sebab terkejut gila. Dalam kepala dah fikir macam-macam; "macam mana kalau kereta ni tiba-tiba terbakar, sempat tak nak grab handbag dengan phone?!" "kalau terbakar, ada ke orang nak tolong padamkan sebelum kereta hangus?!" hihu memang kelam kabut jugalah masa tu. Tapi dalam kelam kabut pun masih sempatlah fikir nak buat apa.

Mula-mula sekali matikan aircond radio semua, drive sampai dekat penghadang antara tol tu, lepas tu matikan enjin dan terus keluar kereta. Haruslah sempat grab beg dengan phone kan, penting kot! Lepas tu berdiri jauh sikit dari kereta dan terus call Papa untuk ceritakan situasi masa tu. Sambil call Papa tu ada seorang petugas Besraya ni datang dan tanya pasal kereta tu. Lepas tu dia kata kena alih kereta tu, sebab bahaya letak dekat tengah-tengah penghadang tu. Tapi pakcik tu pun memang tak bagi start kereta, dia panggil lagi seorang petugas untuk tolong tolak. Okay masa tu pertama kali dalam hidup bayar tol dengan ada orang tolak kereta dekat belakang okay! Hahaha.


Lepas tu, petugas tu kata dia dah tolong call peronda dan suruh saya tunggu je sampai peronda tu datang. Tak sampai lima minit je peronda tu dah datang. Encik Peronda tu tolong check dekat bonet kereta, dan rupa-rupanyaaa, penutup radiator hilang! Adoiii haha. Encik tu kata "macam mana lah temperature tak naik, penutup pun takde! Keringlah air!" Phewww lega sikit dengar sebab penutup tu murah je, dan kereta sempat dimatikan sebelum dia mati sendiri maka tak ada kerosakan serius berlaku. Alhamdulillah.

Jadi lepas tu Encik tu pun call seorang lagi peronda dan minta dia tolong belikan penutup radiator tu. Sambil tu dia tolong isikan air supaya penuh semula. Encik tu pesan, lepas ni kalau berlaku apa-apa masalah dengan kereta dekat lebuh raya, pertama sekali kita mesti cuba letak kereta dekat tempat yang selamat (contohnya tepi jalan) dan lepas tu terus call Peronda lebuh raya tu. Mana-mana highway pun biasanya memang akan ada pasukan peronda ni. Peronda akan tolong setakat mana yang mereka mampu, misalnya macam kes penutup radiator hilang ni ke, tayar pancit ke. Kita cuma perlu bayar apa yang perlu, macam kes saya ni saya kena bayar RM10 je untuk harga penutup radiator tu. JANGAN layan lori penunda (tow truck) atau mekanik yang kebetulan ada dekat situ, sebab kadang-kadang diorang ni sengaja nak ambil kesempatan. Apa-apa pun biarlah laporkan kepada Peronda terlebih dahulu. Kiranya hikmah saya lalu jalan yang saya tak pernah lalu tu adalah sebab kat situ akan ada orang yang bertanggungjawab untuk tolong saya. Buatnya masa tu dekat entah tepi jalan mana-mana? Ishhh menakutkan!

Semoga perjalanan kita yang akan datang baik-baik sahaja.

You Might Also Like

0 comments