SukaSucre Bistro by Fazley Yaakob

28 January


Satu perkara yang membuatkan saya tertarik nak ke SukaSucre Bistro ni pada mulanya adalah sebab mereka ada menawarkan satu menu pelajar yang memang berbaloi! RM10 sahaja untuk satu hidangan yang lengkap dengan air dan pencuci mulut! Yaaa anda tidak bermimpi, memang RM10 jeee. Lepas dapat tahu tentang kewujudan harga promosi khas untuk golongan pelajar tu (menerusi Twitter @sukasucrebistro), terus ada beberapa orang kawan yang sibuk roger roger nak pergi sekali hehe. Akhirnya baru-baru ni saya pun ke SukaSucre Bistro bersama-sama dengan Syuhada dan Nabila, dua orang kawan rapat sejak zaman Tingkatan 6 lagi. Memandangkan kami bertiga masih bergelar pelajar, maka dapatlah kami merasa makan di situ heheheee.



Apa yang ada dalam menu RM10 yang kami makan tu? Haaa semestinya hidangan signature mereka iaitu Aglio Olio Masak Lemak Cili Api sebagai hidangan utama, kek coklat berserta ais krim sebagai pencuci mulut, dan minuman pula ialah air kosong dengan hirisan buah yang boleh diisi semula tanpa had (unlimited refills). Dah lah murah, sedap pula tu! 


Untuk pelbagai menu lain bolehlah rujuk gambar ni ye. Tengoklah harganya tu, kalau bukan sebab promosi RM10 tu entah bilalah kami nak merasa kan, maklumlah pelajar macam kami ni sentiasa broke ha ha ha. Untuk yang bukan pelajar hmm kenalah ikut harga pada menu tu ye! Sedikit tinggi, tapi saya percaya harga tu semestinya berpadanan dengan rasa dan portion yang dihidangkan.



Kepada sesiapa yang berminat nak cuba merasa di restoran yang membuatkan kita seakan-akan berada di Paris ni, bolehlah ke Wisma Ryu, Taman Pertama, Cheras. Untuk para pelajar yang nak cuba menu pelajar tu jangan lupa bawa kad matrik tau. Oh btw, masa dah nak balik tu, ada orang tegur dari tepi dan cakap "thanks for coming", rupa-rupanya Dr Fazley sendiri!


Teruja punya pasal terus minta nak ambil gambar hehe, dan Dr Fazley siap ajak Dr Izzani untuk bergambar sekali. Masa tu sempatlah saya cakap "thanks for coming up with the student meal! It was so worth it!", dan Dr Fazley pun jawab "yeah no problem, at least you can have a taste, right?" Right! Oh ya, katanya lagi lepas ni mereka akan ubah-ubah menu dalam set pelajar tu setiap dua minggu, jadi lepas ni bolehlah datang lagi. Nak merasa menu lain pula! Heheee.

You Might Also Like

0 comments