Carboot Sale Pertama Sebagai Alumni UKM

28 February


Beberapa hari sebelum berangkat ke USM saya telah menerima jemputan untuk menyertai carboot sale daripada Ismail Shaik, seorang rakan yang masih menuntut di UKM. Jadi sebagai alumni yang rindukan alma maternya, haruslah saya menerima jemputan tu kan. Alang-alang sebelum saya ke USM tu, adalah baiknya saya jual barangan terpakai saya (lebih popular disebut sebagai preloved) untuk mengurangkan sikit kapasiti almari empat pintu di rumah (trust me, empat pintu pun tak cukup ha ha ha) di samping mengumpul duit belanja. Sebelum ni masa saya masih belajar di UKM, dah pernah juga beberapa kali sertai carboot sale macam ni, tapi ni kali pertama lepas dah bergelar alumni.


Jualan bermula sekitar jam 10.00 pagi bertempat di kawasan lapang berhampiran Dataran Panggung Seni UKM. Ada lebih kurang 10 lagi peniaga lain yang menjual pelbagai jenis barangan, antaranya peralatan elektrik terpakai, baju bundle, dan buku. 


Saya pula, selain daripada menjual baju, skirt, jaket, dan tudung preloved, saya turut menjual produk baharu Izazi Kuala Lumpur iaitu buku nota buatan tangan (handmade notebooks). Sejujurnya saya tak sangka buku nota tu mendapat sambutan! Lelaki pun ada yang beli tauuu walaupun reka bentuk buku tu comels sangat hehe. Sambil tu saya letak juga stok beg IzaziKL yang dah tinggal sikit tu, sebab memang nak habiskan stok.


Kepuasan meniaga menerusi carboot sale ni memang lain daripada menjual secara dalam talian (online). Sebab proses tawar-menawar tu berlaku depan-depan dan kita boleh nilai sendiri pembeli tu, sama ada dia betul-betul serius nak membeli atau sekadar bertanya. Haaa kalau nak tahu, pelanggan pertama saya pada pagi tu ialah beberapa orang pekerja pembersihan/cleaner yang memang berminat sangat nak beli baju dan skirt saya. Bila dia tanya harga, saya letak harga paling rendah yang saya boleh bagi sebab kalau boleh saya memang nak dia orang beli. Sedih juga masa dengar dia kata "ala baju je dah RM20, gaji saya RM30 je" hmm dan akhirnya saya mengalah dan terus jual dengan 'harga rugi'. Tapi tak apa, Mama pun ada pesan untuk niatkan sebahagian hasil jualan tu sebagai sedekah. 


Apapun terima kasihhh Bro Haziq dan Bro Mael (mereka ni orang kuat JomTumpang UKM tauuu) sebab membantu saya mendapatkan tapak untuk carboot sale ni dan juga menyokong perniagaan IzaziKL yang masih bertatih ni. Thanks guys! 



Terima kasih juga kepada Amirah Izzati dan Idris sebab sudi tolong Kak Jaji angkat-angkat dan susun-susun barang. Lepas ni kalau ada lagi jualan macam ni, Insyaallah IzaziKL takkan lepaskan peluang untuk turut serta.

You Might Also Like

0 comments