FESKUO'14: Dua Tahun Kemudian

09 April


Sekitar tahun 2014 ketika masih menuntut di UKM, saya pernah menjadi ketua pengarah untuk satu program kebudayaan iaitu FESKUO, singkatan kepada Festival Kesenian dan Kebudayaan Kolej Ungku Omar dengan tema #respectculture. Pengalaman mengetuai program tu memang sangattt berharga. Program tu berkonsepkan pertandingan-pertandingan kesenian dan kebudayaan yang menyelitkan unsur inovasi, antaranya pertandingan fotografi, menulis esei jawi, membuat pakaian daripada bahan kitar semula dan banyak lagi.


Okay sebenarnya bukan nak cerita tentang program tu (tapi nak throwback sikittt je hehe), sebab dah dua tahun berlalu dah pun kan, dan alhamdulillah dapat banyak maklum balas positif, terutamanya daripada para peserta sebab hadiah best katanya haha. Mestilah best! Ingat senang ke kita orang bekerja siang malam cari penaja? :P hahaha. Antara penaja masa tu ialah Karangkraf dan Yayasan Pendidikan Cheras. Okay yang nak diceritakan sekarang ni adalah tentang majlis makan malam santai ahli jawatankuasa FESKUO'14 yang diadakan di wakaf belakang pejabat Kolej Ungku Omar (tempat sama kitorang selalu lepak dua tahun lepas!) baru-baru ni.


Walaupun dah dua tahun berlalu, majoriti AJK FESKUO masih tak move on lagi dengan pasukan ni haaa, terutamanya junior-junior yang merindui senior dia ni haa. Ehhh hahaha. Kata mereka, sepanjang hampir tiga tahun mereka belajar di UKM, dalam banyak-banyak program yang mereka dah sertai, kenangan menyertai FESKUO tetap paling segar dalam hati. Awww terharunya! Atas sebab tu lah adik-adik kita ni gigih juga cuba hubungi semua orang yang pernah terlibat dengan FESKUO dan usahakan juga untuk mengadakan makan malam ni.


Akhirnya majlis ni berjaya juga diadakan, dengan tajaan bekas felo Kebud (sekretariat kebudayaan kat kolej ni dulu singkatannya Kebud je ha ha), iaitu Abang Muaz Aminordin. Tapi malangnya Abang Muaz tak dapat sertai sebab sibuk kerja, Apapun terima kasih Abang Muaz!


Berbekalkan duit yang Abang Muaz bagi, maka terhasillah menu pada malam tersebut iaitu bihun goreng, sate berserta kuah kacang, ayam dan sosej BBQ, kek batik, koktel, dan air hijau. Ok air hijau tu sebenarnya tak pasti nama dia apa, tapi dia warna hijau dan rasa macam herba sikit haha.


Haaa semua tu kita orang buat sendiri tau, bermula dari cuci ayam sampailah ke membakar sate tu. Terima kasih kepada Khairul Ghazi dan Muhsin Abllah sebab tolong jaga api!


Bukan tu je, Sri Nur Izzati pula siap taja lagi sekotak cheese tart! Oh myyy. Memang habis diet malam tu ha ha ha. *tu yang sambil bergambar dengan Aarol Bome pun masih pegang cheese tart* hahaha


Walaupun tak semua bekas AJK dapat turut serta (sebenarnya dekat 20 orang juga yang datang,tapi masa ambil gambar ni ada yang tak masuk haha) tapi yang ada pada malam tu pun dah cukup untuk mengubat kerinduan. Malam tu kita orang main gitar, menyanyi, bergelak ketawa. Just like those old times. Dia orang ni sanggup pinda tarikh beberapa kali semata-mata sebab "Kak Jaji mesti join!", dan "kalau Kak Jaji tak ada, tak best lah", awww serius terharu okay! Yang kita ni pun baru je sampai KL dari Penang awal pagi tu, terus ke Bangi petang tu sebab tak sabar nak jumpa adik-adik ni (sebenarnya tak semua lagi muda, tapi diorang dah terbiasa panggil kita Kak Jaji sejak orientasi lagi haha). Pengalaman bekerja dengan korang dua tahun lepas memang takkan Kak Jaji lupa sampai bila-bila, dan pertemuan dua tahun kemudian ni memang sangat bermakna. Terima kasih semua! :')

You Might Also Like

0 comments