Pengalaman Menonton 'Teater Atas Pokok'

29 April


Pada Ahad, 17 April lepas saya telah berpeluang menonton sebuah teater yang amat unik, amat berbeza dengan teater-teater lain yang pernah saya tonton. Teater ni berjudul Teater Atas Pokok, dan yang menariknya, teater ni memang betul-betul dipentaskan di atas pokok! Teater yang dipentaskan di atas sebuah pokok angsana berhampiran Dataran Kemerdekaan, Shah Alam ni merupakan karya seniman Dinsman. Tema yang diangkat dalam teater ni adalah tentang perjuangan alam sekitar dan nilai warisan sebuah kampung.


Teater tersebut mengadaptasi dua buah puisi karya sasterawan Usman Awang, iaitu Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya dan Surat Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar. Masa belajar subjek Stilistik kat UKM dulu, saya pernah kaji puisi tentang beringin tua tu, jadi bila dapat tonton sendiri puisi tu dipentaskan, memang rasa teruja sangat!


Penonton malam tu memang ramaiii. Kalau biasanya kita tonton teater dalam auditorium yang ada kerusi dan penghawa dingin, tapi malam tu kami semua duduk beralaskan tikar atau surat khabar (ada juga yang duduk atas bean bag) sambil menikmati angin malam. Yang bertenggek atas tunggul dan tembok pun ada tau, semata-mata sebab nak tengok teater ni. Haa, memang satu pengalaman yang berbeza kan! Teater ni juga mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records.


Saya juga sempat merakamkan kenangan dengan seorang tokoh sastera yang cukup saya kagumi, siapa lagi kalau bukan Datuk Dr. Zurinah Hassan, sasterawan negara wanita yang pertama!


Yang ni pula semestinya Uncle Sani Sudin, kawan Papa dari zaman bujang dulu lagi. Masa jumpa je Uncle Sani ni depan-depan, terus bermain-main lagu Masihkah Kau Ingat dalam kepala! Haha. Siapa je tak kenal Kopratasa kan? Legend okay!


Satu lagi perkara menarik tentang teater ni ialah mereka ada menampilkan seorang pelakon undangan khas dari Thailand. Kalau tak silap saya, nama watak yang dimainkannya ialah Bhumin, dan nama sebenarnya pun Bhumin juga.

Keseluruhannya, pengalaman menonton teater atas pokok ni memang satu pengalaman yang unik!


You Might Also Like

0 comments