Imbau Kembali: Majlis Makan Malam Kolej Ungku Omar

21 May

Memandangkan sekarang ni bulan Mei dan memang musim kolej-kolej di UKM buat majlis makan malam, maka saya pun terimbau kembali zaman ketika masih menuntut di UKM dulu. Yelah, mana taknya, kawan-kawan dan junior-junior yang masih di UKM semua letak gambar sedang bergumbira di majlis makan malam kat media sosial. Yang kita ni hanya mampu mengimbau kembali jelah kan.. haha sobs sobs. Hey, siapa je tak rindu zaman belajar kan? (Sekarang ni pun belajar juga tapi hidup pelajar sarjana ni memang tak sama dah macam dulu) Jadiii saya akan mengimbau kembali kenangan menghadiri dan melibatkan diri dalam majlis makan malam dari tahun 2013 sehinggalah tahun saya bergraduasi, iaitu 2015. Three different years, three different themes, three different stories!


1. 2013: Deruan Memori 60-an


Dari kiri: Haris, Haziq, Ali Ibnu Kamal, Zatizai, Zafira Adila, Jaji

HAHAHAHAHA OKAY nak gelak jap tengok diri sendiri pakai macam tu hahaha. Maaflah, gambar ni je yang ada, tu pun saya ambil daripada Instagram Zatizai sebab saya sendiri tak ada simpan gambar dinner ni. Btw 2013 tu memang zaman orang edit edit gambar guna apps bagi efek lomo okay, so dont judge! Haha.

Dari kiri: Zafira Adila, Zatizai, Jaji, Tipah

Tema makan malam tahun 2013 ni ialah zaman 60-an, biasanya kita akan terus terbayang kebaya ala Saloma atau baju kurung Kedah lah kan. Tapi masa tu saya tak ada langsung baju kurung atau baju kebaya yang ala ala 60-an. So I decided to create a look inspired by the western 60s era. Spot the scarf around my neck and the white gloves! Hahaha. Pelik juga sebenarnya pakai skirt pendek dengan jegging macam tu, tapi sekali sekala untuk majlis makan malam, pelik pun peliklahhh. Tudung pula saya gayakan seperti turban supaya sesuai nak dipadankan dengan skaf kat leher tu. Antara highlight malam tu adalah kehadiran pelawak Abon yang saya sendiri jemput (melalui Papa sebenarnya haha) sebab saya terlibat sebagai ahli jawatankuasa masa tu (sebab tu ada tag nama besar kat baju tu).

2. 2014: Tourist Night


Dari kiri: Wani Wunnie, Jaji

Well if you can guess which country/state I 'went' to that night, then we have the same passion for shopping! Yay haha. I was  dressed as a shopper tourist in Paris, of course. You can tell by the Gucci paper bag on my hand, although a Chanel paper bag would do the job better. Gaun tu saya beli untuk satu majlis masa wakil sekolah dalam pertandingan robotik pada tahun 2008, dan lima tahun kemudian saya kitar semula baju yang sama untuk majlis makan malam di kolej?! Wow hahaha, tapi kira okay lah sebab maknanya saya tak bertambah gemuk kan? Hihi (padahal siap kena minta tolong kawan sebilik untuk zipkan baju tu sebab dah ketat xD). Baju tu tak ada lengan, jadi saya padankan dengan jaket denim, tudung satin, dan seutas rantai mutiara untuk kelihatan lebih 'Paris'.

3. 2015: Perkahwinan



Tak ingat nama penuh tema ni apa, tapi ni lah tema yang paling kontroversi sekali. Bukan main lagi junior-junior yang uruskan majlis ni punya idea okay haha. Saya pakai baju kebaya berlabuci warna ungu yang begitu bling bling sekali (pinjam daripada Mama), siap dengan tiara kat kepala, macam dah nak bersanding betul betul! xD (dalam gambar atas ni saya bersama-sama dengan Ayahanda Pengetua Kolej Ungku Omar, Encik Nik Hairi Omar)

Dari kiri: Zatizai, Tipah, Jaji

Kasut masa tu pula setinggi 3 inci, lepas tu tak sangka pula kena naik pentas untuk ambil anugerah. Tipah aka Athifah Ain Alang pula duk jerit "jatuh, jatuh!" dari bawah pentas. Nasib baik tak tergolek ala ala princess tak jadi kat atas tu hahaha. Bagi saya, majlis makan malam ni lah yang paling bermakna sekali sebab sebagai pelajar tahun akhir, kami diraikan, tak macam tahun-tahun sebelum tu, kami yang menguruskan. Haih, rindunya!


Kat Twitter sekarang tengah hangat hashtag #tipsmasukU, haa Kak Jaji punya tips masuk U untuk adik adik (wahh gitu haha) adalah nikmatilah sepenuhnya zaman belajar anda. Masuklah segala aktiviti dan persatuan sebab dari situlah anda akan dapat menambah kenalan dan belajar benda-benda baru. Jangan ponteng kelas, hantar tugasan pada waktunya, tanya pensyarah terus kalau ada yang tak faham. Manfaatkan setiap saat yang ada, keluar bersenam petang-petang, hadiri karnival-karnival kolej, buat aktiviti yang seronok dengan kawan-kawan. Nikmatilah semuanya, sebab nanti lepas dah habis belajar, belum tentu anda akan dapat rasa semula keindahan hidup zaman belajar ni. I'm so glad I lived my college life to the fullest, no regrets!

You Might Also Like

0 comments