Relove Our Preloves at Shea Rasol's

09 May


I am a total preloved junkie! I loveee that feeling you get when you're on a thrift shopping, its like you're on a treasure hunt! Heheheee. Jadiii masa saya dapat tahu je yang Shea Rasol akan buat jualan pakaian terpakai kat butik beliau, terus saya wajibkan diri saya untuk pergi! Kebetulan masa tu memang saya balik KL sekejap dari USM, Penang.


Lokasi butik Shea Rasol ni terletak di Bangi Sentral. Saya memang dah biasa sangatlah dengan kawasan ni sebab dulu saya belajar kat UKM, Bangi. Jualan bermula pukul 11.00. Saya keluar rumah pukul 10.25, sampai Bangi pukul 10.45, dapat parkir kereta pukul 10.55, dan tepat jam 11.00 saya dah tengah naik tangga untuk menuju ke tempat terletaknya harta karun tu ha ha ha. Eh jualan preloved macam ni memang kena datang awal tau! Kalau tak nanti melepas yang cantik cantik haa.


Selain pakaian, jualan ni juga ada barang-barang macam aksesori, casing handphone, dan barang dekorasi rumah. Memang sangat sangat murah okay!


Barang pertama yang saya beli adalah sehelai jubah La Kayena daripada Maria Elena, Bayar terus dekat tuan punya barang tau, bukan bayar kat kaunter. Jadi sempatlah saya minta nak selfie satu dengan Kak Maria yang saya kagumi ni. Lepas selfie tu beliau kata "awak sangat manis" Eh! Haha malu kita. And I replied, " and youre so pretty". She really is!


Beginilah suasana semasa berlangsungnya jualan tu. Masa ni baru lebih kurang pukul 11.30 tau, tapi dah ramai orang!


Tudung-tudung tu pula berharga RM1 je sehelaiii. Masa saya tengah pilih tu, ada seorang akak ni ambil 6 helai sekaligus, dan masa dia nak bayar tu, Shea kata "bagi RM5 je lah". Untungnya, dahlah murah, dapat diskaun lagi! Haa nampak tak kenapa saya suka sangat jualan macam ni? Hehee.


Disebabkan kedai sesak dan susah nak pergi ke depan cermin, maka saya pun cuba tengok kesesuaian cermin mata hitam ni  guna kamera fon je. And I bought it for only RM10! Pstt, nampak tak kat belakang tu, "All RM5 Only"? #murahgila #rugisiapatakdatang :P

So overall I bought 6 items for less than RM100! It was definitely worth the drive from Cheras. Pinjam kereta Papa tau semata-mata nak datang sini hehe (sebab kereta sendiri tinggal kat USM).  Datang seorang pula tu, sebab kawan-kawan semua tak berkelapangan nak ikut sekali sobs sobs. I still had loads of fun though! Thank you Shea Rasol and friends for organising and pleaseee do more of this kind of sale! I love treasure hunting. <3

You Might Also Like

0 comments