The Gunners Burger and Cafe, Penang

04 May


Masa nak pergi makan kat sini, kawan saya yang perkenalkan kedai makan ni (Anis namanya) kata "kita nak pi makan kat penjara" dan saya pun macam "haa? penjara?!" Hahaha rupanya memang kedai ni terletak betul-betul bertentangan dengan Penjara Pulau Pinang di Georgetown. Hidangan makanan yang ada kat sini seunik nama kedainya. Menunya berasaskan makanan barat seperti burger, steak, dan pasta. Harga pun berpatutan dengan saiz hidangannya yang cukup mengenyangkan.




Ni antara menu yang kami pesan, iaitu TGB Burger, chicken chop, dan fish burger. Nampak menarik kannn. Rasa burger dia boleh tahan jugalah. Patty burgernya besar dan sarat dengan lelehan sos, mayonis, dan keju. Who doesnt love cheese, right?


Meatballs ni pun sedap juga, cuma pada saya teksturnya agak keras (mungkin sebab masa tu dah tengah malam kot jadi masing-masing dah penat, malas nak mengunyah sangat ha ha ha :P).


Masa akak kedai tu tanya kami nak minum apa, Anis jawab "sirap limau" tapi kakak tu tanya lagi, "nak hijau ke biru?" hahaha lepas tu Anis dan Ira masing-masing ambil biru satu, hijau satu. Saya pula minta limau kosong ais je sebab diet (konon, padahal makan burger tengah malam ni apa haa?!). Sirap limau berwarna-warni ni dicampur dengan soda kot, sebab manisss sangat dan bergas.


Kedai ni siap buka meja sampai ke tepi jalan, dan kami memang makan betul-betul kat tepi jalan. Meja kami adalah yang kanan sekali dalam gambar di atas ni. Bayangkan masa tengah makan tu tiba-tiba  elok je bas besar lalu sebelah kita, laju pula tu! Hahaha. Pemandangan kami masa makan ni adalah bangunan penjara, lintas jalan je dah sampai ke pintu pagar penjara tu.


Yang makan tiga orang je, tapi pesanan tu sampai terlebih daripada kemampuan haha. Tapi tak apa sebab dapat kongsi rezeki lebih dengan kucing-kucing kat situ. Kucing pun pandai makan burger okay! Terima kasih Anis (yang tengah) sebab belanja kita makan kat sini. Dahlah sedap, bertambah sedap lagi bila orang belanja kan. Hehehee.

You Might Also Like

0 comments