Aloe Vera Natural Face Mask

13 June


Hai semuaaa, hari ni Nek Jaji (setiap kali kongsi petua je mesti rasa macam nenek nenek ha ha ha) nak kongsi sikit petua penjagaan kulit wajah secara semula jadi. Ramai yang dah tahu bahawa pokok lidah buaya atau nama saintifiknya aloe vera mempunyai khasiat yang saaangat banyak untuk kecantikan dan kesihatan.

Antara kebaikan aloe vera adalah:

1. Mengandungi fungsi antioksidan dan antibakteria
2. Mempercepatkan pemulihan kulit terbakar (sunburn)
3. Melembabkan kulit
4. Mencegah kedutan
5. Mengurangkan jerawat
6. Mencerahkan kulit
7. Menyamarkan parut

Haa banyak kan khasiat aloe vera ni? Macam mana nak gunakan jus aloe vera ni sebagai facial mask ye? Okay Nek Jaji akan kongsikan caranya! Caranya sangat mudah dan pastinya selamat sebab 100% semula jadi tanpa bahan-bahan yang meragukan. Bahan yang anda perlukan semestinya daun lidah buaya yang dipetik segar dari pasu kat depan rumah anda tu (sebab saya sendiri pun ambil daun aloe vera ni kat pasu depan rumah Nenek saya je hehe). Tak ada tanam pokok ni? Jangan risau, daun aloe vera ni sangat mudah didapati di mana-mana pasar raya.



Langkah-langkah menggunakan jus aloe vera pada muka adalah seperti berikut:

1. Bersihkan daun aloe vera.
2. Potong/belah daun tersebut.
3. Gunakan sudu atau pisau untuk mengekstrak jus aloe vera ke dalam bekas.
4. Sapukan jus aloe vera pada muka secukupnya.
5. Biarkan selama lebih kurang 20 minit.
6. Bilas dan lapkan sehingga kering.
7. Tengok cermin dan nikmatilah rasa segar pada wajah!

Hehe mudah kan? Kalau daun aloe vera tu kecil, anda boleh je terus sapukan pada muka menggunakan daun tersebut tanpa perlu mengekstrak jus terlebih dahulu. Lagi satu, kalau anda rasa nak biarkan jus tu pada wajah untuk tempoh semalaman pun boleh. Kiranya sapu sebelum tidur, dan cuci lepas dah bangun keesokan hari tu. Bergantunglah pada tahap kesesuaian dengan kulit wajah masing-masing, sebab kalau kulit tengah ada jerawat, mungkin akan rasa pedih sikit. Jaji sendiri lepas cuba guna aloe vera ni memang terasa sangat perubahan pada kulit muka. Paling ketara sekali kulit muka rasa lembut je dan garis halus bawah mata pun macam makin kurang. Jadiii selamat mencuba!

psst; video tu dirakam di kolej dengan bantuan rakan sebilik. Hehe thanks Ira for helping!

You Might Also Like

0 comments