Restoran Half Moon, Serdang

16 July

Restoran-restoran yang menyajikan hidangan dari timur tengah memang tak asing lagi di Malaysia, dan salah satunya ialah Restoran Half Moon yang terletak di Serdang ni. Restoran ni menjadi pilihan saya dan keluarga sebab harganya yang berpatutan dan makanannya juga boleh tahan lazeez (sedap) hehe.


Mint Red Tea (big pot) - RM 6.00
Okay, jangan terkejut ye, kat sini kami terpaksa makan berkongsi, sebab saiz hidangannya memang besar! Kami pesan makanan untuk dua orang je tapi dah cukup untuk mengenyangkan empat orang. Bukan setakat kenyang, kami siap bungkus lagi lebihan makanan sebab memang banyak yang berlebih. Maklumlah orang Arab kan kebanyakannya besar-besar, jadi saiz hidangan pun haruslah besar kan. Untuk minuman, kami memang setia dengan minuman kegemaran kami setiap kali berkunjung ke sini iaitu Mint Red Tea yang dihidangkan dalam teko berserta cawan-cawan kecil.


Kabsah Lamb - RM 15.00
Harga hidangan utama di sini iaitu nasi Arab bermula dari RM 12.00 setiap set. Harga paling tinggi ialah set nasi Arab dan lauk kambing (Mandy Lamb) iaitu RM 18.00. Biasanya setiap kali berkunjung ke sini Papa akan pesan Madghut Lamb, tapi masa kunjungan kali ni habis pula nasi Madghut tu. Jadi Papa dan Mama pun pesanlah Kabsah Lamb. Menurut cita rasa Papa, Madghut lagi sedap daripada Kabsah.. hehe. 


Daqa and Eggs - RM12.00

Saya dan adik, Irfan pula memang lagi suka makan roti. Menu biasa yang kami pilih ialah Daqa and Eggs, sejenis lauk daging cincang yang dihidangkan dengan roti. Sebenarnya menurut pekerja restoran ni, mereka baru menerima chef baharu, jadi terdapat sedikit perubahan pada menu yang ada. Biasanya kalau kami pesan Daqa and Eggs ni, tak ada pun telur yang membungkus daging tu (macam dalam gambar). Biasanya telur tu dihancurkan sekali dengan daging. Dagingnya juga biasanya lebih lembab, tapi kali ni macam kering dan agak masin sikit, namun masih sedap dan boleh dimakan.


Cukup ke saya dan adik makan roti je? Lebih dari cukup, haa tengoklah saiz roti tu... jauh lagi besar daripada saiz sudu dan garfu hehehe. Dari segi layanan pula, hmm macam kuranggg sikit sebab layanannya kadang-kadang lambat, mungkin sebab restoran ni pun selalu penuh. Pekerja yang mengambil pesanan pula memang bukan penutur natif bahasa Melayu, tapi mereka bolehlah cakap Melayu sikit sikit macam "nasi", "habis", haha. Selebihnya, jika anda tidak mahir berbahasa Arab, pesanan perlulah dibuat dalam bahasa Inggeris atau bahasa isyarat hehehe. Oh ya, restoran ni dibuka setiap hari dari 12.00 tengah hari sehingga 12.00 tengah malam.

Terima kasih kerana membaca!
Love, Jaji.

You Might Also Like

0 comments