Nasi 7 Benua, Koo Boo Kafe

15 August


Cantiknya nasi ni, berwarna-warni! Nasi dari Koo Boo Kafe ni dinamakan nasi tujuh benua. Haa bukan satu bukan dua, tapi tujuh! Nasi tersebut digelar sebegitu kerana hidangan ni menggabungkan tujuh jenis nasi yang berlainan, iaitu nasi putih, nasi tomato, nasi minyak, nasi hujan panas, nasi lemuni, nasi lemak, dan nasi kacang.




Apabila memesan nasi ni, anda akan diberikan sepinggan nasi yang mengandungi ketujuh-tujuh jenis nasi tersebut, tanpa lauk. Anda perlu memilih sendiri lauk yang anda inginkan. Ada macam-macam jenis lauk kat sini. Antara yang menjadi kegemaran saya ialah ayam masak merah. Rasa masam-masam manis ayam masak merah tu kalau dah digabungkan dengan nasi tujuh benua ni, memang meletup! Hahaa. Saiz hidangan nasi ni sebenarnya agak banyak dan mengenyangkan. Saya sendiri tak mampu habiskan ketujuh-tujuh benua tu, hanya mampu setakat tiga hingga empat benua je, selebihnya terpaksa dikongsikan dengan kawan-kawan lain yang lebih kuat makan. :p


Restoran Koo Boo Kafe ni terletak di Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Tempat ni tak jauh dengan universiti saya. *maknanya makin keraplah saya boleh makan kat sini* haha habislah dietkuuu *nangis sambil suap nasi*. Oh ya, untuk pengetahuan anda, restoran ni dibuka dari pukul 11 pagi hingga 10 malam, jadi anda bolehlah pilih sama ada nak makan tengah hari atau makan malam di sini. Selamat makan!

Terima kasih kerana membaca!
Love,
Jaji.

You Might Also Like

0 comments