Syampu BAWANG untuk Wanita dan Kisah Rambut Gugur

26 August

Kalau anda pernah alami masalah rambut gugur, kita geng! Huhu. Masalah rambut gugur ni bukan masalah peribadi je, tapi dah jadi masalah orang sekeliling juga kalau keguguran rambut tu berlebihan sampai kat mana-mana pun ada je rambut. Hahaha. Kalau perempuan yang duduk hostel atau rumah sewa mesti faham kan, setiap kali sapu sampah adaaa je rambut bergumpal. xD


Tapi saya dah jumpa penyelesaian kepada rambut gugur saya kira-kira empat tahun yang lalu! Yesss, I've found the right shampoo. Hmm ceritanya bermula kira-kira 8 tahun lepas (sekitar 2008 - amboi lamanya) masa saya masih bersekolah. Lepas balik dari kem pengawas, rambut saya mula dijangkiti sesuatu yang menjadi mimpi ngeri setiap orang - KUTU! Huhuhu biasalah kalau dah bercampur dengan kawan-kawan tu, nak pula kem tu dibuat kat hutan, haa maka merayaplah sang kutu mencari rumah baru.

Gambar hiasan. Photo from ejamaria.blogspot.com
Untuk mengatasi masalah kutu tu, saya guna syampu kutu yang dibeli kat farmasi je (jenama lain, bukan macam dalam gambar). Tapi nak dijadikan cerita, saya tersilap pula baca aturan penggunaan syampu tu! Sepatutnya kena campur dengan air yang banyak sebab syampu tu pekat, tapi saya campur dengan air yang sikit je. Akibatnyaaa, kulit kepala rasa pedih gila! Menangis bawah shower jugalah masa tu hahaha. Tapiii berita baiknya, kutu semua hilang! Dannn berita buruknya, rambut saya mula gugur dengan teruk akibat tersalah guna syampu tu... huhu.

Photo from extraordinarinn.com
Masa tu, macam-macam jugalah yang saya buat untuk kurangkan masalah rambut gugur tu, antaranya gunakan santan dan mayonis kat kepala (petua tradisional). Agak menjadi, tapi saya masih tak puas hati sebab setiap hari ada je rambut yang gugur (walaupun sebenarnya rambut gugur 80 helai sehari tu normal). Kira-kira dua tahun lepas tu, saya tertengok iklan syampu Bawang (yang ada Jackie Chan tu haha) dan saya terpengaruh dengan iklan tu, maka saya pun cubalah syampu tu. Tak dinafikan, memang berkesan! Cuma bau syampu tu sangat kuat, dan bau dia tak wangi pun sebab bau macam herba herba tu (bukan bau bawang putih mahupun bawang merah ye haha). Hmm jadi lepas rambut dah agak okay tu, saya berhenti gunakan syampu Bawang tu dan gunakan syampu lain.


Haa tapi setahun dua lepas tu (sekitar 2013), masalah rambut gugur timbul balik. Mungkin sebab faktor usia, hormon, stres, dan sebagainyalah kan. Saya tergerak hati untuk guna semula syampu Bawang. Bagaikan satu keajaiban, saya terjumpa Syampu Bawang untuk Wanita pula di Watsons! (sebelum ni saya guna syampu Bawang biasa yang hijau tu, bukan yang untuk wanita) Maka saya pun dengan gembiranya beli dan syampu ni secara rasminya menjadi kegemaran saya sampai sekarang!


Syampu ni memang wangi, tak ada bau herba sangat, dan satu perkara yang paling saya suka tentang syampu ni adalah: saya dah tak perlu sikat rambut (dengan penggunaan perapi/conditioner)! YAAA ini memang benar hahaha. Kalau sikat rambut, saya rasa lebih banyak rambut akan gugur sebab masa sikat tu kita akan tarik-tarik rambut tu kan. Jadi saya memang ada tabiat tak suka sikat rambut, lagipun rambut saya jenis ikal dan kerinting jadi kalau gigih sikat pun tak nampak beza haha, cukup sekadar rambut tak bersimpul atau kusut (masih boleh disikat dengan jari gitu). Perapi (conditioner) syampu bawang ni memang terbaik!



Masuk tahun ni dah tahun keempat kot saya menjadi pengguna setia Syampu Bawang ni (they should give me free shampoo supplies already hahah). Biasanya memang saya dapatkan syampu ni di Watsons je, sebab kat tempat lain memang tak ada (atau mungkin saya je tak pernah jumpa?). Harganya bergantung pada Watsons juga, kalau tak ada sale dalam RM74.00, dan baru-baru ni saya beli pada harga RM67.00 (tengah sale, dan ada percuma satu syampu botol kecil). Syampu ni didatangkan dalam satu set syampu + perapi. Dalam setahun saya beli syampu ni lebih kurang 3-4  kali je, sebab satu set tu cukup untuk bertahan sehingga 4 bulan. Lagipun saya bukannya jenis syampu setiap hari, sekadar 3-4 kali seminggu je. Haa sebab kalau kerap sangat syampu pun boleh menjadi punca rambut gugur tau hehe.

Kalau anda ada syampu lain atau apa-apa tips untuk mengatasi keguguran rambut, mohon kongsikan ye! Kepada yang baru pertama kali nak cuba syampu Bawang, selamat mencuba!

UPDATE: Ada kawan yang boleh berbahasa Cina kata 'Bawang' ni adalah perkataan  dalam bahasa Mandarin, dan antaranya maksudnya ialah hegemon, monopoly, despot, dan overlord. (http://dictionary.pinpinchinese.com) 

Terima kasih kerana membaca
Love,
Jaji

You Might Also Like

11 comments

  1. I've been using this shampoo too..and yess..its really working for my big wavy amd thick hair ..hehee..

    ReplyDelete
  2. Hi. Nak tanya, saya bru plan nak beli and cuba pakai syampu bawang ni coz lately ni makin bnyak pulak rambut ugur. For the beginner, which one yang better? Yang syampu original gmbar Chackie Chan tu or yang ada jual dekat Watson tu? Need help. Tq awak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Atiqah! Kalau rambut gugur banyak, rasanya baik guna yang Jackie Chan tu dulu. Kesan dia lebih kuat berbanding yang botol merah, cuma bau dia lah tak wangi sangat haha. Lepas rambut dah okay sikit, baru guna yang botol merah untuk wanita ni pula. Selamat bersyampu :p

      Delete
  3. Terbaik infonya. Terima kasih admin share info yang bagus sekali. Salam dari blogger blogwalking ya.

    Salam admin. Tumpang Iklan:-

    Sayangi dan hargai suami anda. Jangan biarkan suami cari lain atau makan luar.
    Ikuti blog kami untuk promosi istimewa sekarang.
    Hanya untuk 10 pelanggan terawal.
    Wanita cantik bermula dari diri :)

    [BESARKAN BUAH DADA, BESARKAN PUNGGUNG, RAWAT KEPUTIHAN, KETATKAN FARAJ, KEMBALI DARA, PUTIHKAN KULIT, GLOWING, FLAWLESS]

    ReplyDelete
  4. Best review awak nie :) baru tau maksud bawang tu..jadi ingredient dia sbnrnya takde langsung bawang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa takde kot XD apapun terima kasih sebab sudi baca ye!

      Delete
  5. sy br cuba shampoo ni sy beli pic yg jackie chan...mmg bau dia agak kuat tp demi rambut gagahkan juga..nti dh ok ckit br nk guna yg merah..htp2 berkesan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah bau kuat sikit.. tapi harap berkesan lah ye. selamat mencuba :)

      Delete
    2. Berapa kerap puan guna shampoo ni??

      Delete
  6. awak yang gambar jackie chan tuh kan bau dia kuat masa syampoo jee atau dah basuh pun masih bau lagi?

    ReplyDelete