Wall Climbing Experience at Putrajaya Challenge Park

14 September


One of the questions I love asking myself is "when was the last time you did something for the first time?" (if you read on my bio at the top right of this page, you would find the hashtag #somethingforthefirsttime as I really enjoy trying out new things!) Soalan tersebut bertujuan untuk mencabar diri saya sendiri supaya melakukan aktiviti atau apa-apa je perkara baru yang belum pernah saya lakukan sebelum ni. Jadiii hari ni saya dah pun buat sesuatu untuk pertama kali dalam hidup saya; panjat dinding!


Aktiviti ni saya lakukan dengan sahabat baik saya iaitu Alia Zurina. Eh, Doktor Alia Zurina. Yesss she just got her exam results and yay, she's officially a doctor now! Hmm sebenarnya dah lama saya berhasrat nak cuba benda ni, jadi alang-alang nak meraikan Dr. Alia, kami pun buat keputusan untuk datang ke sini.


Kami meluangkan masa di Taman Kembara Putrajaya (Putrajaya Challenge Park -PCP) yang terletak di Presint 5 selama kira-kira dua jam. Tempat ni sangat selesa dan luas. Sebagai orang yang pertama kali cuba aktiviti ni, kami memang banyak bertanya haha.

"Susah tak nak panjat?"
"Sakit tak tangan?"
"Macam mana nak turun?!"

Our instructor, Mr. Hazwan
Hahaha. Mujur pengajar kat situ penyabar dan banyak membantu kami. The instructor himself had two years of wall climbing experience! Macam-macam gaya memanjat yang dia boleh buat, dan kami sangat kagum dan teruja untuk cuba dan belajar. Kat sini, anda boleh pilih untuk panjat dinding guna tali atau tanpa tali (fuyoh menakutkan! haha). Pastinya kami pilih yang guna tali sebab rasa lebih selamat (kot?). Tapi kalau anda nak panjat tanpa tali pun jangan risau, sebab ada tilam kat bawah tu.



Sebelum mula memanjat, kami perlu pakai harness pada badan serta kasut khas untuk memanjat. Oh ya, pakaian yang saya pakai agak kurang sesuai kerana t-shirt terlalu labuh, jadi agak mengganggu pemasangan harness tu. Jadi saya perlu masukkan t-shirt ke dalam seluar supaya lebih selesa. Jika anda berminat nak cuba aktiviti ni, pastikan anda pakai pakaian yang sesuai ye. Kasut yang saya pakai pula sedikit ketat, kerana menurut pengajar di sini, kasut perlulah ketat sedikit supaya lebih mencengkam ketika memanjat. 


Semasa memanjat, pengajar tu akan jadi belay untuk tahan kita dari bawah. Proses memanjat untuk kali pertama agak mudah kerana dinding yang diberikan oleh pengajar tu memang khas untuk beginner. Dinding kedua pula lebih mencabar sebab batunya agak berselerak dan terletak berjauhan, jadi agak sukar nak pilih batu untuk dipijak. Maklumlah kaki saya tak berapa nak panjang ha.ha.ha *gelak sedih*. 


For me, I have no problem with my legs and arms. But I do have problem with my fingers! Jari saya ni macam susah sikit nak cengkam batu sebab asyik sakit dan menggeletar je huhu. Mungkin perlu lebih banyak latihan untuk kuatkan cengkaman jari.

Halfway through
Overall, today was SO MUCH FUN! I was really excited before I started climbing and I'm still excited as I write this post, hehehe. I really enjoy doing something for the first time, and I have to say that I now understand why monkeys love climbing so much hahaha. 

Finally reach the top!
Jika anda juga berminat untuk cuba aktiviti memanjat dinding di PCP ni, berikut adalah butirannya:

Waktu operasi:

Isnin, Selasa, Khamis, dan Ahad: 10.00 pagi - 8.00 malam
Rabu, Jumaat, dan Sabtu: 10.00 pagi -10.00 malam
Jumaat: 12.30 - 3.00 (tutup)

*tutup pada Isnin pertama dan ketiga setiap bulan*

Bayaran masuk:
Dewasa - RM6 
Pelajar - RM3 

Harga sewaan peralatan:

Climbing rope - RM15.00
Harness - RM5.00
Climbing shoes - RM7.00
Chalk bag - RM3.00
Relay device - RM4.00

Bayaran pengajar (instructor): RM25/sejam

Harap butiran ni dapat membantu. Happy monkeying around! :p

Thanks for reading
Love,
Jaji

You Might Also Like

0 comments