Kenangan Konvokesyen dan TIPS Belajar Saat Akhir

26 October


Bulan Oktober-November memang musim konvokesyen! Melihat ramai kawan-kawan dan junior yang meletakkan gambar konvo mereka di media sosial membuatkan saya terkenang akan hari bersejarah saya setahun yang lalu. Rasa macam baru je lagi saya sarungkan jubah hijau dan topi petak tu! Im so into head accessories like shawls, scarves, tiaras and such, but honestly the mortarboard is my favourite so far. Next, the doctoral tam maybe? Hehehee.

Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Linguistik), Universiti Kebangsaan Malaysia

Memang tak terucap rasa bahagia saat saya mengambil ijazah tersebut di atas pentas. Segala usaha selama tiga tahun seakan terbalas, dan yang paling penting, saya dapat menggembirakan Mama dan Papa. :') Bukan ke memang impian setiap anak untuk membanggakan orang tua mereka?

Kini, setahun kemudian, saya masih berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah. Kali ni ijazah sarjana (master) dari Universiti Sains Malaysia pula. 

Mengimbau kembali kenangan belajar di UKM dulu, ada beberapa tips mengulang kaji saat akhir yang saya rasa berguna untuk dikongsikan. Mungkin ada yang kedengaran tak logik, tapi percayalah, semuanya berkesan untuk saya! Hehe. Haa jom baca okay.


1. Tidur dulu, belajar kemudian
Yaaa tidur merupakan satu aktiviti yang saaangat penting! Ramai pelajar yang suka berjaga malam dan mengabaikan tidur, dan ni sebenarnya tak bagus. Kesihatan akan mudah terjejas apabila tidur tak cukup, dan kalau dah sakit, macam mana nak jawab peperiksaan kan? Haa jadi apa yang saya selalu buat adalah; tidur dulu. Tidurlah dalam pukul 11 malam, dan bangunlah pukul 4 pagi tu untuk mengulang kaji. Serius, masa tu otak tengah segar dan apa yang kita baca tu memang senang nak masuk! When it comes to studying at the last minutes, its important for us to study smart than study hard.


2. Utamakan ibu bapa
Masa saya belajar di UKM dulu, saya kerap balik rumah sebab rumah terletak kira-kira 30 minit je dari kampus. Haa sebagai anak sulung, saya balik bukan untuk berehat semata-mata, tapi juga untuk menunaikan tanggungjawab kepada Mama dan Papa. Yang saya nak ceritakan, pernah sekali tu saya masih tak sempat nak ulang kaji apa-apa, sedangkan peperiksaan tinggal beberapa hari je lagi, tapi Mama telefon dan minta saya balik untuk tolong Mama selesaikan beberapa urusan. Mula-mula saya agak berat hati nak balik, yelah sebab tak study lagi kan, takut nanti tak boleh jawab periksa pula. Tapiii percayalah, berkat kita utamakan orang tua memang ada! Seakan suatu keajaiban, walaupun saya risau takut tak cukup ulang kaji, namun usaha saya untuk menjawab soalan peperiksaan tu dipermudahkan oleh-Nya. Phew, berkuasa betul doa seorang ibu.



3. Buat nota berwarna-warni
Okay, saya tahu, mungkin ramai juga yang malas nak tulis nota sebab menganggap dengan membaca slide Power Point yang disediakan oleh pensyarah je dah boleh faham dah. Ya, memang boleh faham, tapi adakah anda yakin bahawa anda telah menghafal kesemua isi penting? Jeng jeng jenggg. Kadang-kadang memang kita dah faham, tapi masa nak jawab tu tiba-tiba je jadi blur dan hilang ingatan kan. :p Di sinilah pentingnyaaa nota berwarna-warni! Hehe. Menyalin semula isi penting dapat membantu kita untuk lebih memahami sesuatu isi tu, dan warna pula akan membantu kita untuk menghafal. Tips ni mungkin lebih berkesan jika anda memang seorang yang mempunyai kelebihan visual atau memori fotografik.


Cukup tak tiga tips ni je? Hehe. Setakat ni tu je tips yang saya rasa paling kerap saya amalkan setiap kali nak periksa, terutamanya apabila saya nak buat ulang kaji pada saat akhir. Tapi kalau anda ada masa untuk ulang kaji dari awal, janganlah pula sengaja bertangguh sampai ke minit yang terakhir ye, hehe. Kepada yang masih bertarung nyawa di universiti dan mana-mana institusi pengajian, saya ucapkan semoga berjaya! Semoga usaha kita untuk menuntut ilmu diberkati. :D

Psst, tak sabarnya nak sarung jubah ungu pula! (ungu warna tema USM)

Terima kasih kerana membaca,
Love, 
Jaji.

You Might Also Like

0 comments