Bosan dengan Kuala Lumpur (?)

25 November


Buat pertama kalinya dalam hidup, aku rasa 'bosan' dengan Kuala Lumpur. Okay, tak mungkinlah aku bosan kan sebab KL ni tanah tumpahnya darahku, nombor tengah kat IC pun 14 okay. Kalau orang tanya aku orang mana, aku jawablah KL. Lepas tu diorang akan tanya, KL belah mana, dengan bangganya aku akan jawab "dekat je dengan tengah-tengah KL, 10 minit je dah boleh sampai KLCC". Hahaha amboih.

Tapi... baru-baru ni setiap kali aku balik rumah dari Penang (sebab sekarang aku belajar kat USM), akan ada sedikit rasa 'bosan' dengan Kuala Lumpur ni. Bukan bosan sebab 'takde benda nak buat', atau sebab 'dah pergi semua tempat', tapi lebih kepada bosan dengan suasana bandar tu sendiri. Buat pertama kalinya, aku rasa bandar yang paling padat di Malaysia ni sebenarnya 'kosong'.



Sesiapa yang mengenali aku dengan rapat mesti tahu bahawa aku ni memang pencinta bandar. I love big cities. If I were to travel, I'd go to places like New York, London, and Tokyo. Ada sesuatu tentang bandar yang buat aku teruja; orangnya, udaranya, bunyinya. Bangunan tinggi, tren... dan semuanya. Aku suka suasana yang meriah dengan ramai orang. Aku terhibur dengan kesibukan bandar ni. Ada satu ketika, aku tak rasa yang aku boleh hidup kat tempat lain selain bandar besar macam ni.


But that was then. Ya, memang sampai sekarang pun aku masih rasa yang aku akan terus hidup di KL, cuma persepsi aku tentang 'takkan dapat hidup kat luar KL' tu dah semakin pudar. Bukan aku tak bersyukur jadi orang KL (aku tahu, ramai sangat orang dari luar KL yang berimpian nak bekerja dan menetap di KL), cuma sejak aku menetap di tempat orang, banyak benda yang membuka mata aku. Oh ya, sebelum ni aku memang tak pernah jauh dari keluarga, maknanya aku tak pernah duduk jauh dari KL. Masa belajar kat UKM dulu pun tiap-tiap minggu balik rumah (Bangi - Cheras dalam 25 minit je).


Sejujurnya aku tak dapat nak senaraikan satu persatu punca datangnya rasa 'bosan' aku dengan bandar tumpahnya darahku ni. Cuma... mungkin ada lah sikit-sikit perkara macam 'terlalu ramai pendatang/orang asing', 'jalan sentiasa jammed', 'rasa tak selamat sebab lagi ramai orang = lagi ramai penjenayah', pencemaran udara, dan benda-benda macam tu lah kot. Mungkin juga sebab aku rasa macam orang KL ni tak berapa nak 'rapat' antara satu sama lain. Hmm, susah nak cakap. Kalau dulu aku terhibur dengan betapa ramainya orang yang berjalan-jalan di pusat bandar, sekarang aku rasa macam "ramainya orang kat KL ni?!" hahaha. :p Although Penang is a great place, I'm not saying KL isn't. All I'm saying is that besides KL, there's another place that's in my heart now.


Hmm, saat dah nak habis menulis entri ni barulah aku terfikir, mungkin aku tak bosan pun dengan KL sebenarnya. Yelah, mana mungkin kita bosan dengan tempat yang dah banyak mengajar kita. Mungkin aku sebenarnya cuma rindu nak luangkan masa di kota kesayanganku ni. Oh, adakah bosan ini sebenarnya rindu?!

Terima kasih kerana membaca,
Salam sayang, Izazi.

You Might Also Like

1 comments

  1. Your post remind me of maudy ayunda song "Jakarta Ramai" i guess,its like "the Bustling Kuala Lumpur.."

    ReplyDelete