Nyonya Laksa TERBAIK di Old Malaya Kopitiam

01 November


Pada satu hari yang indah, sahabat saya Dr. Alia Zurina mengajak saya untuk menemaninya membeli-belah di sekitar Bangi Sentral. Ramai yang sedia maklum bahawa Bangi Sentral memang tempat menghabiskan duit hahaha sebab kat situ ada banyak butik fesyen muslimah macam Bella Ammara, Sugarscarf, Zawara, dan baaanyak lagi. Haa jadi lepas dah puas keluar masuk butik, mestilah kami lapar kan. Fikir punya fikir (hey mestilah fikir, sebab soalan "nak makan mana?" tu kan soalan yang paling susah! haha), kami pun memutuskan untuk ke Bangi Gateway pula.


Setibanya di Bangi Gateway, kami seakan-akan terpanggil untuk menjejakkan kaki ke dalam restoran Old Malaya Kopitiam ni. Suasananya cozy, dan kehadiran ramai pelanggan biasanya menandakan yang makanan kat tempat ni memang sedap. Jadi disebabkan dah lapar, kami pun terus masuk dan duduk. Tak perlu tunggu lama, pelayan dah datang bawa menu dah. Comel okay menu dia, macam buku sekolah zaman dulu hehe.



Perbualan sebelum memesan makanan:

 Alia: Babe I lapar gila sebab tak makan apa-apa lagi dari pagi. I nak order nasi beriani ayam ni.

Jaji: Okay. I teman you makan je sebab I dah makan bihun sup pagi tadi, kenyang lagi.

Apabila pelayan tiba:

Pelayan: Maaf cik, nasi beriani ayam takde.

Alia: *berfikir seketika* Okay kalau macam tu bagi saya nasi lemak ayam rendang ni lah.

Jaji: *tak tahu kenapa tiba-tiba rasa nak pesan makanan juga padahal tadi kata dah kenyang?!* Saya pula bagi asam laksa ni ye.

Pelayan: Maaf asam laksa pun takde.

Jaji: *masih nak pesan makanan walaupun dalam hati dah kata tak payah* Oh okay, kalau macam tu bagi nyonya laksa ni lah.

*tengah sabar menunggu makanan*
Dannn apabila makanan sampai, kami agak terkejut dengan saiz hidangannya, sebab banyak! Walaupun harga makanan kat sini agak tinggi pada saya, tapi melihatkan saiz hidangannya membuatkan harga yang tinggi tu menjadi sangat berbaloi. Okay sebenarnya saya tak pernah cuba makan nyonya laksa, tapi entah kenapa masa kat OMK ni saya rasa nakkk sangat cuba makan sesuatu padahal tak lapar pun, ish ish. Untuk minuman pula, kami masing-masing memesan segelas jus buah.



Nasi Lemak Ayam Rendang - RM13.90
Kami berdua jatuh cinta dengan makanan di OMK ni pada suapan pertama! Amboi hahaha. Serius, memang tak mengecewakan. Menurut Alia, nasi lemak tu kalau tak makan dengan sambal pun dah sedap. Kalau dah makan dengan sambal dan kuah ayam rendang tu mestilah bertambah-tambah sedapnya kannn. Dalam gambar mungkin nampak biasa je, tapi sebenarnya pinggan tu besar okayyy.

Nyonya Laksa - RM9.90
Saya yang baru pertama kali cuba makan nyonya laksa pun terus jatuh hati. Kuahnya pekat, laksanya gebu, dan sayur-sayurannya segar. Mangkuknya agak besar dan mereka memang tak kedekut nak letak banyak bahan dalam tu. Oh btw, nyonya laksa ni memang tak sama langsung dengan asam laksa (obviously). Rasanya hampir sama dengan mi kari tapi tak sepekat mi kari. Hmm, memang tak menyesal saya ikut gerak hati untuk pesan juga makanan kat sini walaupun tadi kononnya dah kenyang hehee. Mula-mula saya cakap dalam hati "banyaknya, mesti aku tak habis makan ni", tapi akhirnya... hahaha hampir tinggal mangkuk je. xD


Old Malaya Kopitiam, Bangi Gateway
Waktu operasi: 9 pagi - 11 malam

Thanks for reading
Love,
Jaji

You Might Also Like

0 comments