2017!

04 January

Phew, lama betul rasanya tak menulis kat blog ni. Hampir sebulan juga blog ni krik krik je tanpa post baru. Sibuk sikit dengan urusan sebagai pelajar. Sedar sedar je dah tahun 2017! Omg omggg semua 92's babies dah masuk umur 25 tahunnn! Im so not ready for this! Hahaha.

Okay sebenarnya bukanlah tak bersedia, cuma tak sangka yang masa berlalu secepat ni. Saya dah pernah tulis tentang betapa cepatnya masa berlalu ni pada bulan September 2016 yang lepas, kalau rasa nak baca boleh klik kat sini ye.

Hmm, jadi apa pencapaian 2016 anda? Kalau macam saya, semestinyalah dapat buat bab 1-4 untuk tesis master saya tu menjadi salah satu kejayaan pada tahun 2016  *okay macam noob pula rasanya sebab berjaya buat tesis je haha sobs* Hmm selain tu, saya juga banyak buat kerja sampingan untuk menambah angka dalam akaun simpanan saya hahaha. Zaman sekarang ni dah macam satu kewajipan untuk seseorang buat lebih dari satu kerja kan. Nanti saya akan kongsikan senarai kerja sampingan yang saya buat tu dalam post lain ye. Oh ya, saya juga berjaya mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat pada tahun 2016! Hehe. Banyak juga post yang berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan yang saya dah tulis, antaranya seperti berikut:



*klik untuk baca*

Jadiii untuk tahun 2017, apa azam tahun baru anda? Nak kaya? Nak berjaya? Nak kahwin mungkin? Eheheheee. Tahun lepas, ramai juga bekas kawan sekolah dan kawan sekelas masa di UKM yang dah mendirikan rumah tangga. Saya dapat rasakan yang tahun ni akan lebih ramai! Tak sabar nak merasa nasi minyak kawan-kawan. Saya? Haha belum lagi kot, setakat ni azam saya memang fokus untuk habiskan pengajian sarjana dan tingkatkan nilai diri sebaik yang mungkin (tapi kalau tiba-tiba jodoh saya datang tahun ni, saya tak menolak :p) hahaha.

I can feel that 2017 is going to be a really good year! Semoga perjalanan kita untuk menempuhi tahun ni dipermudahkan oleh-Nya.

Selamat tahun baru!
Jaji

You Might Also Like

0 comments