7 Tips Remeh untuk Lebih GEMBIRA

07 January


Semua orang nakkan kehidupan yang gembira kan, Siapa je yang suka hidup dalam kesedihan? Hmm, walaupun hidup kita mungkin tak seindah yang kita impikan, tapi kita sebenarnya ada kuasa untuk menjalani kehidupan yang gembira. We have to love the life we live. Sebab hidup ni hidup kita, bukannya hidup orang lain. Biarlah orang nak kata apa pun, janji kita tahu yang kita gembira dengan hidup kita. Bercakap tentang hidup yang gembira, saya ada beberapa tips remeh untuk dikongsikan. Jemput baca!


1. Fokus Pada Kehidupan Sendiri

Ramai yang suka membandingkan hidup sendiri dengan orang lain, dan ini sebenarnya lebih banyak mendatangkan kesan negatif daripada positif. Macam saya sendiri pun, kadang-kadang stres juga, setiap kali buka Instagram je mesti nampak gambar perempuan cantik-cantik sampai saya terus rasa macam "OMG cantiknya korang niii, kenapa aku tak cantik macam ni?!" haa kan, daripada elok-elok tengah gembira, terus stres! Hahaha. Sebenarnya ada masanya tak salah kalau kita nak bandingkan diri kita dengan orang kalau untuk tujuan memperbaiki diri, tapi kalau sampai menghilangkan rasa syukur dalam diri, lebih baik berhenti membanding dan mula fokus pada diri sendiri je, kan?


2. Abaikan Masalah yang Tak Dapat Diselesaikan

Kadang-kadang kita ni terlalu banyak berfikir. Semua benda nak difikirkan, hatta benda yang tak berfaedah sekalipun. Huhu. Pernah tak sebelum tidur, tiba-tiba je kita terfikir tentang benda yang dah lama lepas dah pun, lepas tu mengharap yang kita boleh patah balik masa dan ubah benda tu? Saya selalu macam ni! Hahaha. Kadang kala kita perlu rehatkan minda. Fokus pada perkara yang positif. Satu perkara yang saya selalu pegang adalah tentang masalah: Anda ada masalah? Jika ya, adakah masalah tu boleh diselesaikan? Jika ya, sila selesaikan. Jika tidak, berhenti saja daripada berfikir tentang masalah tersebut. Sometimes our brains need to rest from unnecessary thoughts too, right?


3. Pakai Kasut yang Selesa

Haha, bunyi macam remeh je kan? Tapi percayalah! Kasut yang selesa mampu membuatkan hidup anda lebih gembiraaa hehe. Kalau kasut tak selesa, sama ada terlalu tinggi ke, terlalu ketat ke, secara tak langsung mesti mood anda pun terganggu. Apabila mood dah terganggu, mulalah rasa ada je yang tak kena kan. Kejap kejap rasa nak marah pun ada. Sebab tu lah penting untuk ada pakai kasut yang selesa! Macam saya suka pakai kasut sukan (paling selesa!), kasut kulit yang ditempah ikut saiz kaki (sebab kaki saya susah sikit nak dapat saiz), ataupun kasut kasual yang tak terlalu tinggi.


4. Banyakkan Minum Air

Tubuh yang kekurangan air (dehydrated) boleh membuatkan kita rasa tak sedap badan. Sama macam hal kasut tadi, badan yang kering pun boleh membuatkan kita rasa tak selesa. Jadi banyakkanlah minum air. Jadikan tabiat untuk membawa sebotol air ke mana-mana anda pergi. Oh ya, air yang saya maksudkan ni mestilah air masak atau air kosong ye, bukan air yang manis manis tau. Dengan air yang cukup, bukan badan je sihat, minda pun tenang.

Me and my bff Wany Nazar playing dress up with Hana Tajima's shawls!
5. Dress Up and Make up!

Dress up dan make up; setiap hari kita buat benda ni kan (terutamanya yang perempuan). Kebanyakan manusia memang suka kelihatan cantik, dan kalau benda ni buat kita rasa gembira dan lebih yakin dengan diri sendiri, kenapa tidak? Pakailah pakaian dengan gaya dan warna yang anda suka, bersoleklah jika anda rasa ia mampu meningkatkan keyakinan diri. Walaupun semua orang pakai seluar tapi anda rasa nak berbaju kurung, silakan. Kalau semua orang pakai hitam tapi anda nak pakai pink? Silakan. Do whatever makes you happy. Secalit gincu mampu buat anda tersenyum? Pakailah. Tapi kalau anda jenis yang rimas dengan make up, dan tak pakai make up boleh buat anda lebih gembira, tak payahlah pakai. Asalkan anda gembira. Tak ada sesiapa paksa pun. (kecuali jika anda memang 'terpaksa' pakai hitam, 'terpaksa' bersolek walaupun tak suka atas dasar kerja dan sebagainya, maaplah tak dapek den nak nolong hehe)


6. Bersenam

Ya, macam dalam post saya sebelum ni tentang 7 Tips Remeh untuk Move On, saya turut masukkan 'bersenam' dalam senarai. Sememangnya bersenam mampu buat kita lebih gembira. Macam saya sendiri kadang-kadang kalau tengah stres, saya akan sarungkan kasut joging, pasang earphone, dan pergi berjoging. Masalah seakan-akan keluar bersama peluh (amboi) haha. Apapun, bersenamlah jika anda ingin rasa lebih gembiraaa.


7. Cari Hobi

Pernah tak rasa macam anda kurang gembira dengan hidup? Takde masalah pun, tak tertekan pun, cuma kurang gembira. Tak ada keseronokan dalam kehidupan seharian tu. Haa, itu tandanya anda perlukan hobi! Hobi ni boleh jadi apa sahaja perkara yang anda suka buat. Walaupun kadang-kadang jadual hidup kita dah padat dengan kerja atau tugas sebagai pelajar, tapi kepuasan apabila dapat meluangkan masa untuk hobi tu lain. Macam saya, saya suka menulis (salah satunya blog yang anda tengah baca ni lah hehe), dan saya juga suka buat benda-benda kreatif (menjahit, buat buku, etc). Saya suka buat benda yang comel dan cantik, seakan ada satu kepuasan apabila saya dapat hasilkan sendiri sesuatu tu. Kalau anda ada hobi yang anda betul-betul minat, mesti anda pun akan rasa lebih gembira.

Saya akui, ada kalanya memang kita akan menghadapi saat-saat sedih dalam hidup sampai kita mula rasa putus asa. Tak semua masalah boleh diselesaikan dengan minum air atau dress up dan make up. Tapi nak tak nak, kita mestilah terus kuat untuk meneruskan hidup. Semoga tips-tips remeh ni sedikit sebanyak dapat membantu anda (dan saya juga) untuk rasa gembira dengan hidup kita. Selain tu, banyakkanlah juga berdoa supaya hidup kita tenang dan segala urusan dipermudahkan. Lets love our life, because its the only life we have! :D

Thanks for reading,
Izazi.

You Might Also Like

0 comments