Dua Puluh Lima

14 January

Dah hampir dua minggu 2017 membuka tirainya. The fact that I'm turning 25 this year -- I am still surprised. I still listen to the songs I heard back in 2007, which is like 10 years ago. How fast time flies eh? If you still talk to the people you used to talk to ten years ago, consider yourself lucky. Tak ramai yang mampu pertahankan sesuatu hubungan atau persahabatan untuk jangka masa yang lama. Kalau tak kerana sebab yang datang dari sendiri, mungkin kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Its kind of sad, but at one point we just have to deal with it.



Pada usia 25 ni, saya tertanya-tanya - apa sebenarnya benda yang seseorang berusia 25 tahun perlu tahu, perlu ada? Masa kecil dulu, saya ingat orang yang berusia 25 tahun tu dah cukup hebat; dah tahu semua benda, dah ada semua benda. Turned out today I'm still as lost as I was 10 years ago, haha. 10 tahun lalu saya berusia 15 tahun. Masih mentah (okay sekarang pun takdelah 'masak' sangat haha). Pada usia 15 tahun, seperti kebanyakan remaja 15 tahun yang lain, saya sedang bersedia untuk PMR (Penilaian Menengah Rendah, atau PT3 pada hari ini). I remember studying so hard back then, so that I could be where I am today. I imagined of doing my degree somewhere in the UK, probably Oxford or Cambridge. Well I still did my degree in UK...M. Yeap, I graduated from UKM two years ago. Hehehe.

Pada usia 15, saya pernah berangan yang saya akan memandu sebuah Mini Cooper. Hari ini, saya ada sebuah Perodua Kelisa berwarna pink yang menjadi sahabat baik ke mana-mana saya pergi. Dulu, saya ingat pada usia 25, saya akan tinggal di rumah sendiri - boleh jadi satu unit apartmen - yang saya hias mengikut citarasa sendiri. Hari ini, saya masih tinggal bersama keluarga, dan menumpang di kolej kediaman universiti. Hahaha.

10 tahun lalu, saya ingat ketinggian saya akan mencecah 168cm pada usia 25. Hakikatnya, saya masih kekal pada ukuran 156cm hahaha. Saya juga pernah berangan yang pada usia ini, saya akan menjadi seorang yang berjaya, ada kredit kad, mampu melancong merata-rata, bergaya, penuh elegan. Realitinya, hutang PTPTN masih menanti untuk dilunaskan. Hahaha *gelak sedih* haha.

Even so, my imagined life vs the life I'm living right now is not that bad, right? Haha. I still managed to graduate, have some numbers in my account, and most importantly, I'm living a healthy life. Tak semestinya apa yang kita angankan tu baik untuk kita, kan? Belajar di UKM membuatkan saya lebih dekat dengan keluarga. Memandu Kelisa membantu saya untuk jimat cukai jalan dan minyak, hehe. Ketinggian 156cm pula membuat saya sentiasa rasa comel (hahahah k). Life might not always go as we imagine, but it surely is the best for us. Anyways, I'm so looking forward to being 25! Semoga 25 lebih banyak mengajar, membina, dan memperbaik.

Zulfati Izazi.

You Might Also Like

0 comments