Cara 'Store Pick Up' Tudung Aidijuma

28 February


Baru-baru ni saya ada beli tudung bawal Aidijuma secara dalam talian di www.aidijuma.com, tapi saya memilih untuk ambil sendiri tudung tersebut di HQ Aidjuma berbanding pos. Kononnya nak jimat duit pos, tapi lepas tu bila kira balik dengan duit minyak dan parkir, rasanya macam sama je kot hehehe. Tapi takpe, alang-alang saya dah pergi tu, bolehlah saya kongsikan sikit cara-cara nak ambil sendiri tudung tu kan. Store pick up ni lebih sesuai kalau anda beli baaanyak, sebab dapat menjimatkan duit pos, lebih-lebih lagi kalau anda tinggal di Kuala Lumpur.

Baiklah, cara-caranya adalah seperti berikut:





1. Semasa membeli, klik pilihan Store Pick Up, kemudian klik Proceed to Payment, dan teruskan pembayaran seperti biasa.



2. Kemudian, anda akan menerima e-mel tentang butiran pesanan anda yang telah diproses dan tudung anda dah sedia untuk diambil. Berdasarkan e-mel, akan ada satu order number yang anda perlu salin dan bawa semasa mengambil tudung tu. Bawa fon je dah cukup, nanti rujuk je kat e-mel tu balik.

3. Apabila tiba hari yang anda nak pergi ambil tu, cuma Waze je "Aidijuma HQ", dan Waze akan bagi panduan sampailah ke Menara Atlan, tempat terletaknya pejabat Aidijuma tu. Menara Atlan ni terletak berhampiran KLCC. Masa dah sampai, ambil tiket dan masuk je parkir macam biasa. Bayaran parkir RM3 kalau tak silap.

4. Lepas dah parkir, kena jalan sikit sampai ke bangunan Wisma Atlan tu. Masa kat kaunter bawah tu, cakap nak pergi Tingkat 7, sebab pejabat Aidijuma tu terletak di tingkat 7.


5. Masuk-masuk je pejabat tu, anda akan dilayan oleh gadis manis bertudung Aidijuma (haruslah kan haha). Bagi je order number tadi kat dia, tunggu sekejap, dan kemudian akan ada orang lain pula yang datang bawakan tudung anda tu. Tadaaa, dah selesai!


Sebelum balik tu, pastikan anda periksa dulu tudung tu, sama ada betul ke itu tudung yang anda pesan, atau mungkin ada kecacatan pada tudung tu ke kan. Apa apa pun layanan akak akak di HQ Aidijuma memang terbaik! Semua mesra pelanggan dan sangat murah dengan senyuman.

Kalau datang mood malas nak pakai shawl, bawal je lah pilihan hati
Tudung yang saya beli ni di bawah koleksi Bawal Gold Print, namanya Life Gold. I think its a wordplay from 'life goal'. Gigih kan pergi semata-mata sebab beli sehelai tudung je?! Lepas ni kena beli banyak-banyak lah kan baru rasa berbaloi sikit nak pergi hehe (padahal alasan nak shopping lagi). :p

Terima kasih kerana membaca!
Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments