Things I Do for Money - Part 2

28 March


Disclaimer: Money in the photo above is NOT mine. Haha. Hi, welcome back to my blog. Sebelum ni saya dah pernah kongsi tentang cara saya dapatkan duit sampingan untuk menyara hidup saya sebagai seorang pelajar yang belum ada pendapatan tetap. Kalau anda belum pernah baca atau nak baca lagi sekali, boleh klik kat bawah ni:


Kali ni, saya akan kongsi tentang satu lagi kerja sampingan yang saya buat. Saya sangatlahhh bersyukur sebab Mama dan Papa belikan kereta untuk saya lepas saya tamat STPM dulu. Kereta tu memang baaanyak berjasa. Dulu masa saya belajar kat UKM, masa dah tahun akhir tu, hampir setiap minggu saya akan balik rumah, sebab rumah - UKM dalam 30 minit je. Tahun-tahun sebelum tu kerap juga balik, tapi tak adalah setiap minggu sebab agak sibuk.

Kehidupan sebagai pelajar sarjana muda dulu tak sama dengan sekarang. Sekarang, sebagai pelajar lanjutan, saya ada lebih banyak masa untuk dibazirkan diluangkan mencari pendapatan sampingan. Kerja sampingan yang saya buat sekarang ni memang agak memakan masa, tapi masih boleh dibuat mengikut masa sendiri. Hmm, kerja apa ni eh? Klik 'read more' untuk baca lebih lanjut!





Jaji bawa Grabcar ke ni? Haha, tettt. Salah. Tapi tak lah salah sangat sebab konsepnya sama je. Kerja yang saya buat sekarang ni seakan-akan Grabcar atau Uber, bezanya saya cuma ambil penumpang yang merupakan pelajar atau staf USM je. Di USM, kami dipanggil student cab. Kalau nak guna servis student cab, cuma Google je Facebook "USM Student Cab" dan nombor telefon kami ada tersenarai di situ.

Mula-mula saya cuba-cuba je iklankan nombor telefon berserta senarai tambang. Saya letak iklan tu kat kawasan-kawasan yang strategik macam dalam lif dan papan kenyataan. Lepas tu saya rajinkan diri juga untuk pergi dari bilik ke bilik untuk selitkan kertas iklan tu kat bawah pintu. Ok nak tahu tak, pada hari yang sama, dalam masa sejam je, saya dah mula dapat mesej Whatsapp bertubi-tubi! Ramai rupanya yang perlukan servis student cab ni.


Jap, untung ke bawa student cab ni? Okay, ni rahsia yang saya nak kongsikan khas dengan pembaca blog ni: Untung lah juga. Hahaha. 'Untung' atau tak bergantung kepada definisi masing-masing sebenarnya. Macam saya, saya beruntung sebab Kelisa pink saya tu jimat minyak, jadi setiap kali isi penuh, saya akan dapat manfaatkan setiap titisan minyak tu untuk bawa penumpang. Saya kurangkan berjalan untuk diri sendiri dan lebihkan berjalan ambil penumpang.

Sejujurnya, bawa student cab ni bukan kerja yang mudah. Ok mudah jugalah sebab boleh ikut masa sendiri dan tak terikat. Susahnya pula, sebab kita kena sentiasa bersabar dengan penumpang yang ada macam-macam ragam hehehe. Yang jenis janji pukul 3.00 tapi pukul 3.20 baru turun (hey 20 minit tu lama okay haha), yang tutup pintu kereta kita macam nak gaduh, yang baaanyak cakap sampai kita pun penat nak layan, yang tak cukup duit tapi tak cakap awal awal... hahaha. Macam macam. Tapi semua tu rezeki kita kan. Kena banyak bersabar je lah. Nama pun kerja. Oh tapi ramai juga penumpang yang baik baik, kadang-kadang siap bagi duit lebih, bagi makanan, bagi nasihat pun ada... hehe.

Masa ni dalam perjalanan ke lapangan terbang, sebab adik-adik ni nak ke Langkawi! *walaupun selfie mata tetap pandang depan k haha*

Hadiah dari penumpang
Sebenarnya, setakat ni saya gembira dengan kerja sampingan saya ni. Sikit demi sikit saya dapat kumpul duit untuk bayar yuran hostel saya bulan bulan, dapat buat duit makan, dan dapat jugalah shopping sikit sikit... hehee. Tapi banyak juga duit yang terpaksa dihulurkan untuk kereta tu balik. Kena tukar tayarlah, kena servislah, kena ganti bateri lah, macam macam huhu.

Walaupun pada mulanya saya buat kerja ni untuk duit, lama lama saya rasa kepuasan bekerja sebagai pemandu ni sebenarnya adalah pada penumpang tu sendiri. Rasa puas dapat tolong orang, sebab ramai juga yang minta cab tengah tengah malam, yang ada kecemasan nak ke sesuatu tempat, dan yang dah terlewat nak kejar bas atau flight pun ramai juga. Alhamdulillah, setakat ni perjalanan saya menghantar dan menjemput pelanggan semuanya dipermudahkan.


Insyaallah, tak lama lagi saya akan berkerjasama dengan rakan saya dari UKM, Ismail Shaik yang dah lama menjalankan servis student cab di UKM dengan nama JomTumpang. Saya berhasrat untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan student cab di USM ni sebab saya rasa pelajar-pelajar kat sini memang sangat memerlukan khidmat pengangkutan. Thanks Mael for trusting me to bring JomTumpang's name in USM! I will try my very best Insyaallah.

Oh ya, Jaji rasa macam nak kongsi pula tentang kisah-kisah lucu yang pernah berlaku sepanjang saya bawa teksi ni hehe. Hmm, dalam post yang akan datang mungkin?

Terima kasih kerana membaca,
Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments