An Evening at The Little White Cafe

21 April



I've heard about this cafe since my first year back in UKM, but have never got the chance to actually dine here. Akhirnya baru-baru ni, saya dan sahabat baik, Alia Zurina berkesempatan untuk berkunjung ke kafe comel ni. Kunjungan kami memang tak mengecewakan! Persoalan saya tentang apa sebenarnya yang isitimewa tentang kafe ni telah pun terjawab. Teruskan membaca ya!


Belum sempat kami masuk ke Little White Cafe ni, kami dah pun terpesona dengan hiasan luarannya. Memang cantik, lain dari yang lain. Bila dah masuk pula, sekali lagi kami terpesona. Perkara pertama yang muncul dalam fikiran Jaji ialah, "ni kedai makan ke rumah orang?" hehehe. The interior is very cozy, it feels like home. Ditambah pula dengan bau pastry yang membangkitkan selera, buat kami rasa tak sabar nak tengok hidangan yang mereka tawarkan.




So basically they sell western food, like steaks, pastas and such. Gambar bawah ni adalah menu dan senarai harga makanan di sini. *click to enlarge*



To be honest, its quite pricey for me (yeah, for a broke student like me haha), but its not that pricey, if you get what I mean. Harganya lebih kurang macam kalau kita makan di restoran seperti Secret Recipe dan Nando's. 


Saya pesan set New York Burger, manakala Alia pula pilih Minced Beef Pasta. Untuk minuman pula, saya minum jus oren manakala Alia pula pilih peach honey lemon tea. 

New York Burger - RM13.00

Minced Beef Pasta - RM19.00
Okay, saiz hidangan dia memang besar. We both ended up not finishing our meals (but we did take it home, because membazir is not good hehe). But it taste so good! For my burger, the patty is very juicy, and the potato wedges are just as I like it - not too oily, not too salty. Untuk pasta fusilli Alia pula, rasanya pun boleh tahan sedap. Dagingnya banyak dan rasanya memang kena dengan selera.


Makanan sedap, suasana selesa. We spent the evening talking about so many things, accompanied with good food. Oh ya, layanan kat sini pun sangat baik. Pelayan yang ambil pesanan kami tu sangat membantu dalam menjelaskan menu, di samping memberi cadangan tentang hidangan yang sesuai. Makanan pun tak ambil masa yang lama sangat untuk sampai. 



Masa kami nak bayar tu, pekerja kat sini (tak pasti sama ada pekerja atau tuan kedai hehe) cadangkan kami untuk rasa pula bread pudding mereka, sebab bread pudding tu memang salah satu hidangan signature di Little White Cafe ni. Tapi masa tu kami dah terlalu kenyang haha. But its okay, we'll definitely come again soon! Hehe. Oh by the way, do follow them on Facebook and Instagram for updates, discounts, and pretty pictures.


Little White Cafe Bangi
13, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Open 11am to 10pm daily. Closed on Mondays.

Thanks for the good time, Little White Cafe!

Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments