Review: Cantik dari Dalam dengan Kitsui Generation 2 Collagen

15 April

Bercakap tentang kolagen, rasanya ramai yang dah tahu tentang khasiatnya, lebih-lebih lagi untuk organ yang paling besar pada tubuh kita, iaitu kulit. Kulit memang akan mengalami penuaan secara semula jadi apabila kandungan kolagen di dalamnya semakin berkurangan. Tapi, proses ni boleh dilambatkan dengan pengambilan suplemen yang betul. Bagi Jaji, kolagen adalah salah satu suplemen wajib! Anddd my favourite collagen at the moment is of course, Kitsui Generation 2 Collagen!




Sebelum ni Jaji dah pernah juga kongsi tentang produk dari Kitsui, iaitu Belly Loss Fiber. Haa kalau nak baca, klik sini ye. Baiklah, berbalik kepada Generation 2 Collagen ni. I have been consuming the collagen for quite some time now, and I really like the results. Kulit saya rasa lebih lembab, jerawat halus semakin mengecut, dan parut jerawat pun makin pudar. Actually I wanted to share some before and after photos, but currently I'm also consuming another product from Kitsui (if you follow my Instagram, you would know what it is hehe). So I thought, why not just show the results for both products, right? Haa kalau nak tengok hasilnya nanti, kenalah datang melawat blog Jaji lagi ye. Stay tuned for my upcoming blogposts!


Okay, sebenarnya, satu perkara yang saya kagum dengan keberkesanan kolagen ni bukan setakat pada muka je, tapi juga pada jari! Yaaa, jari. Pernah tak anda rasa macam kulit kat sekitar kuku tu macam kering dan mengelupas? Paling leceh setiap kali nak pakai tudung sebab kadang-kadang kulit kering tu akan tertarik benang kat tudung dan buat tudung kita tercarik hahaa *girls will understand*. Tapiii sejak saya makan kolagen, saya memang dapat rasa yang kulit-kulit kering kat sekitar kuku tu dah semakin berkurangan. Jari pun rasa lembut je.


Generation 2 Collagen dari Kitsui ni didatangkan dalam sebuah kotak yang mengandungi 15 paket. Saya memang suka kalau sesuatu produk tu dibungkus dalam paket-paket kecil macam ni, sebab mudah untuk kita bawa ke mana-mana kan. Tak perlu risau nak bawa botol atau tupperware besar hehe. Lebih mudah lagi apabila kolagen ni hanya perlu dicampurkan dengan air kosong je, lepas tu dah boleh terus minum.


Macam saya, saya suka tuangkan sepaket serbuk kolagen tu ke dalam tumbler macam dalam gambar kat atas ni. Lepas dah tambah 150ml air, saya akan goncangkan tumbler tu supaya serbuk tadi tu larut. Lepas serbuk tu dah larut, tadaaa, sedia untuk diminum!


Kolagen ni mengandungi antioksidan dan juga formula anti penuaan. Selain tu, beri campuran (mix berries) yang terdapat dalam kolagen ni menyedapkan lagi rasa kolagen tu. Masam-masam manis je rasanya. Saya akan minum kolagen ni setiap dua hari, kadang-kadang saya ambil pada waktu pagi sebelum sarapan, dan kadang-kadang sebelum tidur. Maknanya, sekotak kolagen yang mengandungi 15 paket ni cukup untuk sebulan. Hmm, tak perlu risau dengan kandungan bahan kimia pelik-pelik dalam kolagen ni, sebab produk ni adalah 100% botanical. Oh ya, kesan pengambilan Gen 2 Collagen ni boleh dilihat seawal 7 hari je tau. Jadi, saya rasa kalau kita amalkan makan kolagen ni bermula dari sekarang, mesti masa raya nanti kulit kita lebih sihat dan berseri! Hehe.

Kolagen Kitsui Generation 2 dijual pada harga RM38.80 sekotak. Kalau anda berminat nak beli secara dalam talian, boleh terus pergi ke laman web Kitsui ni: http://www.kitsui.com.my/products/kitsui-generation-2-collagen-1.
Kalau anda berminat nak beli kat kedai terus pun boleh, sebab produk ni ada dijual di Watsons dan Guardian. Okay, di sini saya nak hebahkan satu tawaran hebat! Kalau anda beli mana-mana ENAM produk Kitsui, jangan lupa untuk simpan barcode dia tauuu, sebab anda akan dapat SATU lagi produk Kitsui, PERCUMA je. Ya, percuma! Haa jadi jangan lupa kumpul barcode tu ye.



Untuk maklumat lanjut tentang kolagen ni dan produk Kitsui yang lain, sila lawati laman Facebook mereka iaitu Kitsui MY dan laman Instagram Kitsui Malaysia. A whole month of collagen goodness for just RM38.80? Recommended!

Thanks for reading,
Love,
Jaji

You Might Also Like

0 comments