Le Petit Dotty's Pastries and Coffee

19 May



 First impression: this place is very nice! We've been wanting to come here for quite a while, especially to try the famous cronuts. Malangnya masa kami pergi tu, mereka dah kehabisan cronuts. Sobs sobs. Okay, kalau tak silap saya, Dotty's ni ada dua cawangan. Satu di TTDI, satu lagi di Jalan Stonor (berhampiran KLCC). Dotty's yang kami pergi ni adalah cawangan yang terletak di Jalan Stonor. 


DIsebabkan tak ada cronuts, maka pekerja di sini mencadangkan supaya kami cuba pula Salted Egg Croissant. Hmm, mungkin rasanya hampir sama dengan cronuts tu kot? Saya dan Alia sebenarnya agak clueless, tak tahu nak pesan apa sebenarnya haha sebab semua nampak menarik, nampak sedap. Saya pun masa tu tak berapa lapar, jadi tak rasa nak pesan makanan berat sangat. We actually, honestly came solely for the cronuts! Haha.


Pilih punya pilih, akhirnya kami pun pesan set Tuna Sandwich, Iced Latte, dan Salted Egg Croissant tadi. Oh, dan satu botol air mineral. Pergi makan mana-mana pun memang saya wajib pesan air kosong atau air mineral.

Tuna Sandwich - RM18.00
Set Tuna Sandwich ni nampak je macam sikit, tapi sebenarnya sangat mengenyangkan. Rotinya memang penuh dengan serat, macam ada kacang kacang sikit. Inti tuna dia pun banyak dan penuh. Memang puas hati! As for the latte, for me it is just okay. The taste is 'normal'. Haha. #honestreview

Iced Latte - RM10.00

Salted Egg Crossaint - RM10.00
Anndddd, our favourite order, the salted egg croissant! Alia tak habis-habis cakap betapa sedapnya croissant ni hahaha. Memang sedap pun! Pastrinya rangup tapi lembut di dalam. Lepas tu macam ada elemen kejutan pula bila sampai kat bahagian yang ada inti kuning tu! Huishhh serius sedap. Rasanya benda kuning tu adalah benda sama yang ada pada cronuts, sebab tu pekerja dia cadangkan kami untuk cuba croissant ni. Apapun memang sedap! Totally recommended.



I really love the exterior! Great for ootds haha. Oh, kalau nak tengok lebih lagi suasana di Dotty's ni, bolehlah tengok video kat bawah ni ye. Seronok juga kan rekod semua benda dalam video? Hmm I might consider vlogging next! Hehe.


Thanks for reading (and watching the video)!
Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments