Persediaan Puasa: Susu Rizqi oleh Mamadil

26 May


Okay, walaupun tajuk post ni tentang puasa, tapi ingin saya tekankan bahawa susu Rizqi ni memang dah laaamaaa saya minum, bukan masa bulan puasa je tau. Hehe.

Bukti dah lama minum, kotak lama (kiri) dan kotak baharu (kanan) :p
Kepada yang tak pernah dengar tentang susu Rizqi, susu Rizqi ni sebenarnya ialah susu kambing, bukan susu lembu. Sejujurnya, inilah susu kambing paling sedap yang pernah saya minum! Lagi-lagi kalau letak dalam shaker, campur ais sikit, dan kocakkan... huish sedap. Rasa macam vanilla milkshake. :p


Berbalik kepada topik puasa. Memandangkan tahun ni saya akan berpuasa berseorangan *lap air mata* di kolej, maka aktiviti sahur saya tak lah semeriah macam bersahur kat rumah. Tapi sahur tetap sahur okay. Walau malas/mengantuk macam mana pun, saya tetap akan bangun bersahur. Rasanya selama saya mula berpuasa sejak umur 7 tahun dulu, memang tak pernah lagi berpuasa tanpa bersahur, hehe. Hmm, kalau dah kena puasa dan sahur seorang-seorang ni, semangatnya kuranglah sikit kan. Tak macam kat rumah. Kalau kat rumah, biasanya sahur mesti makan nasi. Lepas makan nasi, siap ada pencuci mulut lagi, macam dadih ke, kuih tepung pelita yang beli kat bazar semalam ke... hehe.


Tapi-tapi, memandangkan saya akan bersahur seorang diri di kolej *sekali lagi lap air mata*, maka tak ada lah nasi dan pencuci mulut semua tu kan. Tapi tak apa, sebab saya ada susu Rizqi! Dalam susu Rizqi ni dah terkandung habbatus sauda, eksktrak kurma, kismis, madu, dan juga ekstrak buah zaitun. Semua tu kaya dengan khasiat yang tersendiri.


Kenyang ke sahur minum susu je? Okay macam ni. Biasanya saya akan campurkan dalam dua hingga tiga sudu Quaker oat ke dalam susu Rizqi yang masih panas, dan biarkan sekejap sampai oat tu kembang. Lepas tu, saya akan campurkan sikit chia seed dan kismis. Lepas agak-agak dah suam, baru saya minum. Setakat ni saya dah beberapa kali cuba sahur dengan menu ni, dan memang boleh tahan sampai waktu berbuka. Hmm memanglah, takdelah kenyang terus sampai waktu berbuka tu kan, nama pun puasa, mestilah akan ada juga rasa lapar tu. Tapi saya tetap kekal bertenaga dan boleh buat aktiviti macam biasa, sama macam sahur makan nasi. Dannn sebenarnya kan, saya pernah juga cuba sahur dengan susu Rizqi ni begitu sahaja, susu je tanpa oat. Alhamdulillah, boleh bertahan sampai Maghrib hehe.

Oh ya, lagi satu, kalau anda nak rasa lebih bertenaga masa puasa tu, cuba makan dua hingga tiga biji kurma masa sahur. I've been doing that and it worked great. Selamat berpuasa semua!

Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments