Memori Syawal 1438H

06 July


Raya tahun ni adalah antara yang paling 'menyedihkan', sebab Jaji dah tak dapat duit raya! Hahaa. Yelah dah 25 kan, siapa je yang nak bagi duit raya kat kita, sobs. Dah tiba masanya untuk saya pula yang bagi duit raya sebenarnya.. hehe. Tunggu kerja nantilah, insyaallah. Tapi apapun, saya sangat bersyukur sebab masih dapat menyambut raya dengan keluarga seperti tahun-tahun lepas. Tema raya kami tahun ni adalah ... jeng jeng jeng...

ROSE GOLD!


Hahaha. Sebenarnya macam ni, dua tahun lepas, warna tema kami sekeluarga adalah kelabu, macam silver sikit la. Tahun lepas pula warna emas. Jadi dalam duk fikir fikir warna tema untuk tahun ni, saya teringat pula warna-warna iPhone... kan ada space grey, gold, dan kemudian rose gold kan? Haha dari situlah saya dapat idea untuk cadangkan kat Mama tentang warna tema tahun ni. Tambahan pula warna ni memang agak in sekarang dan tak susah sangat nak cari baju warna ni.

Tadaaaa.

2015


2016



2017! Haha

Okay im not sure why this photo seems to be on low quality here, it was fine on my laptop

Baju saya ni ditempah dari butik Lesung Creations yang terletak di Ampang Park. Tudung pula, saya beli dari Galeri Ariani di Jakel Mall. Seronok betul shopping masa tu, sebab semua tengah sale! Hehe.


Tahun ni kami beraya di rumah nenek di Jelebu, dan kemudian pada petang raya kedua kami bertolak pula ke rumah Mak Ngah yang terletak di Kulai, Johor. Tok (nenek sebelah papa) ada di sana. Kami pulang semula ke KL pada raya keempat.


Raya saya sederhana je. Banyak masa diluangkan di dapur untuk mencuci dan tolong-tolong masak. Kalau masa kecil dulu rasa macam 'terpaksa' je bila disuruh tolong-tolong di dapur, tapi sekarang ni kita pula yang beria nak masuk dapur, nak belajar resepi itu ini haha. Tanda-tanda dah semakin tua kot?! Hehehe.

Selfie with nenek! (Mak Mama)

and another one with Tok! (Mak Papa)

Kemeriahan raya tu memanglah dah tak sama macam masa kecil dulu kan, tapi yang penting kita masih dapat meraikan Aidilfitri dengan orang tersayang. Hargai apa yang ada sekarang, sebab raya kita tahun depan mungkin dah tak sama lagi kan? Mungkin jumlah ahli keluarga akan berkurang, atau mungkin juga akan bertambah. Semuanya terserah kepada kuasa yang Maha Esa. Hmm, baru seminggu lebih beraya, tapi rasa dah tak sabar pula nak tunggu Ramadan tahun depan! Semoga kita semua panjang umur untuk menjadi tetamu Ramadan 1439H pula.

Salam Aidilfitri,
Jaji

You Might Also Like

0 comments