My First Time on the MRT

28 September




Sebagai anak jati Kuala Lumpur (IC 14 okay haha), sangat bangga rasanya melihat pembangunan yang kian pesat di bandaraya ni. Pengangkutan awam semakin baik, dan baru-baru ni saya sempat meluangkan masa untuk cuba naik MRT. Perlu 'meluangkan masa' sebab Jaji pergi kerja naik kereta (syukur sebab masuk kerja awal jadi boleh keluar awal dan tak perlu tempuh kesesakan melampau, balik pun sama) dan kalau keluar jalan-jalan pun biasanya naik kereta je. Lagi satu, saya terlambat sikit cuba naik MRT sebab sebelum ni kan saya duduk Penang. Kalau balik rumah pun pinjam kereta Papa je untuk ke mana-mana hehehe.


Basically, pengalaman saya naik MRT sangatlah memuaskan. Agak lama saya tak naik pengangkutan awam, dan sejujurnya saya kagum dengan pembangunannya. Teringat balik zaman sekolah dulu. I used to take the train every evening to go back home from school. I think it was cool to walk to the LRT station together with my friends and happily chit chatting on the train before we parted our way home.

Bas perantara MRT


Dari rumah, saya kena naik bas perantara untuk ke stesen MRT yang paling hampir. Kena bayar RM1 sekali naik. Harga tambang MRT agak pun berpatutan, tapi yelah, kalau dapat lagi murah lagi bagus kan. Untuk orang yang sekali sekala naik pengangkutan awam mungkin tak rasa mahal, tapi kalau setiap hari? Katakanlah belanja tambang untuk pergi ke tempat kerja RM7 dan RM7 lagi untuk balik, sehari dah RM14. Kerja 5 hari seminggu, sebulan dah RM280. Banyak juga tu. Tapi apapun untuk kehidupan di KL, pengangkutan awam adalah alternatif terbaik untuk menjimatkan perbelanjaan. Naik kereta hanya berbaloi kalau jalan tak sesak. Kalau sesak, minyak sehari pun dah RM10-RM15... sebulan dah berapa? Baik guna duit tu untuk makan sedap sedap hehehe. Apapun ni cuma pendapat Jaji je lah. Lain orang lain keutamaan kewangannya kan.



Overall, Im so proud of the changes KL had gone through. Looking forward to more positive changes. If you wish to know more about the MRT service, visit http://www.mymrt.com.my.




Oh, here is a video of me trying the MRT for the first time. I made the video just for fun haha. Terima kasihlah adikku Zulzarif Irfan yang rajin melayan kakak dia ni bergambar dan bervideo hehehe. Oh btw, saya tahu saya dah jarang kemas kini (update) blog ni sebab agak sibuk belakangan ni. Tapi takpe, azam Oktober Jaji adalah untuk konsisten dalam menulis post baru! Hehe. I hope you'll still enjoy reading my blog. Terima kasih untuk yang selalu komen dan DM di Instagram tu ye. I appreciate it so much!

Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments