My Academic Journey

06 November


This post is specially dedicated to some of my Instagram followers who are interested in knowing how I got my Masters degree. Im so happy that my little achievement could give a big inspiration to others.


These are some of the Instagram DM I received from my followers. So, in this post, I'll try my best to explain all about my academic journey. Warning: this is going to be a long post! Hehe. Selamat membaca!

1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)


Throwback to my days in SMK Seri Bintang Selatan
Okay, terlebih dahulu saya akan cerita tentang perjalanan SPM saya. I was in pure science stream, because back then I was excited to figure out what I might be interested in. Besides, I think its important for me to at least have some basic knowledge in Biology, Physics, Chemistry and Add Maths (my least favourite subject haha). Honestly for me, it was never about the A's, its about the knowledge. I dont mind getting some Bs (or even Cs haha), as long as I get to know things; things that would help me survive life.


Masa tingkatan 5, saya masih aktif dengan aktiviti kokurikulum; masih wakil sekolah untuk macam-macam acara dan pertandingan. Saya masih ingat, saya pernah wakil sekolah dan Kuala Lumpur untuk jadi pengacara majlis sambutan hari wilayah peringkat kebangsaan. Pengalaman yang tak ternilai! Okay, berbalik kepada SPM. Keputusan SPM saya mencatatkan A+ untuk kedua-dua subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saya tahu yang saya memang minat bahasa, dan keputusan SPM tu menguatkan lagi hasrat saya untuk terus sambung belajar dalam bidang yang saya minat tu.

2. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

Unlike most of my friends who decided to apply for matriculation or foundation, I chose to proceed with STPM (despite it being one of the hardest examinations in the world). Saya memang tak mohon untuk matrikulasi atau asasi, sebab saya memang dah berhasrat untuk ambil STPM, memandangkan STPM ada aliran sastera. Oh, tapi saya ada juga cuba cuba mohon UPU, dan lepas tu saya dapat dua tawaran diploma di UiTM. Saya tak terima sebab memang dah tetapkan hati untuk teruskan dengan STPM.

My VEB team in Victoria Institution
My Form 6 life was awesome! Being me, I still find time for extracurricular activities. I was elected as the first female Editor-in-Chief for The Victorian (VI's annual school magazine). It was an amazing experience; I get to meet people (even VIPs), participate in meetings, learn how to make important decisions, and so on. Pernah juga kena tegur dengan cikgu-cikgu sebab terlalu sibuk dengan kerja-kerja editorial sampai tak masuk kelas huhu. Apapun terima kasih cikgu sebab sentiasa memastikan saya kekal di landasan! Keputusan STPM saya mencatatkan CGPA 3.58, cukup untuk membolehkan saya memohon tempat di IPTA. Oh ya, subjek yang saya ambil masa STPM ialah BM, Sejarah, Pengajian Perniagaan, dan Pengajian Am (ni paling mencabar sebenarnya). Selain tu, saya juga ada ambil Malaysian University English Test (MUET) sebagai memenuhi syarat untuk masuk IPTA.

3. Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Linguistik)


Lepas STPM, saya melanjutkan pengajian di UKM (UA - universiti awam). Masa isi borang UPU, saya memang letak Linguistik di UKM sebagai pilihan pertama. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan saya mula menjadi penuntut UKM pada September 2012. Tempoh pengajian saya di UKM adalah selama tiga tahun. Serba sedikit tentang linguistik; ramai yang ingat linguistik ni TESL atau pengajian bahasa Melayu. Linguistik sebenarnya ialah kajian saintifik tentang bahasa.

Linguistics is the scientific study of language, and involves an analysis of language form, language meaning, and language in context.

In my own opinion, its more 'mathematics' than 'arts'. Antara penekanan dalam bidang linguistik ni ialah kajian bunyi (fonetik dan fonologi), kaitan bahasa dengan masyarakat (sosiolinguistik), bahasa dan psikologi (psikolinguistik), kajian makna (semantik), kajian ayat (sintaksis), analisis wacana, dan stilistik. If youre into scientific studies, this course if for you. Tapi kalau anda sukakan sastera (puisi, penulisan kreatif, drama, dsb.), mungkin Persuratan Melayu atau English Literature lebih sesuai untuk anda. Saya pun minat juga sastera, sebab tu saya ada ambil subjek elektif Drama Melayu dan Penulisan Kreatif masa di UKM. My undergraduate years was so much fun. Saya banyak juga terlibat dengan aktiviti kolej, pementasan teater, jadi ahli Majlis Eksekutif Pelajar, dan macam-macam lagi. Semua tu pengalaman yang sangat berharga!

My MEP Team - Kolej Ungku Omar
One thing about undergraduate studies; you have to keep on track all the time. Satu subjek rendah/gagal, keseluruhan pointer akan terjejas. Satu semester pointer rendah, keseluruhan keputusan akhir akan turut terjejas. Pastikan anda sentiasa kekal di landasan. Lebih baik lagi, pastikan pointer anda tak kurang daripada 3.50 setiap semester. You can do it!

4. Ijazah Sarjana Sastera (Kajian Bahasa)


Oktober 2015, saya mula mendaftar sebagai pelajar sarjana di USM. To apply for a masters degree, you will need a bachelors degree in relevant fields. Keputusan peperiksaan masa sarjana muda akan diambil kira sebelum anda diterima masuk untuk meneruskan pengajian peringkat sarjana. Keputusan peperiksaan tu bergantung pada universiti dan bidang masing-masing, ada yang 3.75 ke atas, ada yang 3.50. There are three modes of studies; coursework (classes and exams), mixed mode (classes, exams, and a dissertation), and research (thesis). I chose research mode, as I was more interested in researching about a specific topic. Untuk mod kajian, sebelum buat permohonan, anda perlu sediakan kertas cadangan kajian dan anda kena pilih penyelia yang sesuai. Lucky for me, my supervisor was really nice and supportive. It took me 22 months to get through everything; from writing the proposal to proposal defence, thesis writing, thesis submission, viva, and final submission. You can read more about this in my previous post:

http://zulfatiizazizulkifli.blogspot.my/2017/06/road-to-masters-degree-my-viva.html

Phew, what a long post! Haha. Rasanya setakat ni tu je yang saya dapat kongsikan. I really hope that my humble journey and this little achievement would help to inspire others, although my journey is still a long way to go. I believe theres high potential in everyone, and its up to us to live up to that potential. There will be ups and downs, just remember to get back up everytime youre down and never look down on others when youre at the top.

Kak Jaji harap post ni dapat menjawab persoalan adik-adik yang DM Kak Jaji tu ye. Kalau ada apa-apa, jangan segan untuk kemukakan persoalan anda di ruangan komen bawah ni okay! I'll try my best to help, insyaallah.

Salam sayang,
Jaji

You Might Also Like

0 comments